Saya berkongsi rumah itu dengan 3 orang kawan lagi. 4 orang perempuan kesemuanya yang tinggal di rumah berdinding putih ini. Keempat-empat kami pelajar perubatan tetapi kami berlainan rotation. Tidak seorang pun di rotation yang sama. Makanya, jadual kami berbeza. Pada masa saya cuti, mereka kesibukan. dan pada masanya mereka bercuti, saya kelelahan.
Tetapi rumah tetap riuh bila kita makan bersama.
Perasaan kebersamaan itu tetap ada, cuma kadang kala keterbatasan itu kerana kekangan waktu.
Saya selalu bergurau yang rumah kita, dengan cat putihnya, dengan limbahan rimbanya, kelihatan seperti rumah di dalam novel-novel penyiasatan kanak-kanak yg sering kita baca semasa di sekolah dahulu. 'Misteri banglo putih di hujung kampung' - tajuk yang sering saya omok-omokkan.
Tetapi memang rumah kami penuh misteri.
Di belakang rumah, laman nya memanjang luas. Ada buaian. Yang kadang-kadang pada waktu angin kuat menghembus, kita akan kedengaran bunyi besi bergeseran- dari buaian itu. krik, krik, krik.... sayup. Dibawa angin petang. Berserta bayangan lintas-lintasan.
Kadang-kadang apabila petang makin jingga, dan bila saya seorang dirumah, ada bunyi orang berjalan-jalan didapur. Kuat dan jelas bunyinya. Makin saya cuba untuk mengabaikan bunyi itu, makin kuat derap bunyi kaki. Saya akan bertanya dengan kuat. "Hanis, kamu kah itu?"
Sepi. Tiada balasan.
Lalu saya keluar dari bilik, menjengah ke dapur.
Lengang. Tiada sesiapa.
Saya kembali ke bilik saya. dan bunyi derap kaki bermain kembali.
Kadang-kadang antara jelas atau tidak, ada bunyi orang bercakap-cakap.
Entah.
Kadang-kadang antara jelas atau tidak, ada bunyi orang bercakap-cakap.
Entah.
Akhirnya, saya putuskan untuk abaikan sahaja bunyi-bunyi aneh itu.
Ada suatu waktu, rakan serumah saya terdengar bunyi orang memberi salam.
'Salam alaikum!'
Lantang dari pintu masuk. Dia fikir, mungkin salah seorang dari kami pulang.
Tapi bila hari petang, barulah dia sedar, yang ketiga-tiga kami baru sahaja pulang dari hospital. Jadi siapa yang memberi salam dan bunyi derap kaki siapa yang didengarinya?
Rumah kami memang sedikit misteri.
kadang kala bulu roma meremang tanpa sebab-sebab yang jelas.
Saya selalu mengabaikan sahaja.
Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu nak buat apa.
Dalam rumah yang penuh misteri ini, kami juga ada banyak pelawat tidak di ingini. Binatang-binatang liar. Dahulu ada burung-burung cockatoo, kemudian di datangi bush turkey yang obses membina sarang di belakang rumah - dan dia masih ada!
dan burung-burung ini mengundang ular. Carpet snake. Tidak berbahaya menurut Makcik Kathy, jiran sebelah. Cuma saiznya agak besar.
dan burung-burung ini mengundang ular. Carpet snake. Tidak berbahaya menurut Makcik Kathy, jiran sebelah. Cuma saiznya agak besar.
Pada malam-malam hari pula, ada bunyi kuku-kuku bercakaran di dalam ruang udara central heating - possum terlepas masuk ke dalam loteng. Entah bagaimana dia boleh masuk, saya kurang periksa. Kadang-kadang bunyi cakaran itu di dapur, kadang-kadang di ruang tamu, kadang-kadang di bilik saya. Ada masanya mereka berlari-lari di atas.
Aduh! bisingnya, mengganggu tidur.
Tetapi, walaupun berdepan dengan perkara misteri dan pelawat tidak diingini, saya masihi boleh bertahan untuk terus tinggal di rumah ini. Tanpa perlu panik.
Sehingga, pada suatu malam.
Saya tinggal seorang lagi di rumah. Saya terdengar bunyi yang saya tidak pasti di tepi katil saya. Sangka saya, mungkin bunyi possum di luar rumah. Saya abaikan.
Tidak lama kemudian, seekor 'benda' kecil, berbulu kelabu-coklat, berkaki empat dan berekor panjang, dengan kepalanya yang sedikit bermuncung keluar dari belakang almari.
Disitu.
Saya panik.
Panik paling habis. Adrenaline saya mencanak. Antara fight or flight, buat masa ini saya perlu flight.
Saya melompat ke atas meja belajar. Membaling apa sahaja yang tercapai ke arah 'benda' kecil itu. Nasib baik, meja belajar ini kayunya padu dan teguh.
Reda, seketika.
Tidak saya sangka, binatang kecil, kamu mengganggu-gugat ketenangan saya!
Saya panik.
Panik paling habis. Adrenaline saya mencanak. Antara fight or flight, buat masa ini saya perlu flight.
Saya melompat ke atas meja belajar. Membaling apa sahaja yang tercapai ke arah 'benda' kecil itu. Nasib baik, meja belajar ini kayunya padu dan teguh.
Reda, seketika.
Tidak saya sangka, binatang kecil, kamu mengganggu-gugat ketenangan saya!
Kesabaran saya terhenti.
Ketenangan saya dirompak.
Saya pasti akan membunuh kamu.
Esok pagi saya akan pastikan kamu mati.
Saya pasti akan membunuh kamu.
Esok pagi saya akan pastikan kamu mati.
No comments:
Post a Comment