Prof Muhaya. Nama seunik peribadi. Jujur, saya tidak pernah mengenali Prof Muhaya secara peribadi dan tidak pernah bertemu pun dgn nya. Tapi dia telah menaikkan semangat saya utk meneruskan perjalanan dalam bidang perubatan bila suatu ketika, langkah itu nampak kelam dan berat sekali. Terima kasih!!
Rentetan dari itu, I've been very keen to follow her talk and such la..so, this is what I gathered from one of her talk kat motivasi pagi.. so listen up (or read up)
this is rahsia untuk bahagia!
untuk menjadi org yg bahagia, kita hendaklah menjauhi:
- Mengeluh
- Merungut
- Menyesal
- mengumpat
Kenapa org yg mengeluh, merungut, meyesal dan mengumpat tidak bahagia? Kerana mereka ini masih terkial-kial dan terperangkap dgn masa yg telah lalu. Kita lakukan 4 perkara ni atas perkara yg dah berlaku, kan? Mana ada org mengumpat benda belom jadi kan...
Fikirkan sendiri, buat apa dan apa ertinya kita kenang2kan dan kisarkan hidup kita atas benda yg dah lepas. Kita tidak boleh ubah benda yg telah terjadi tetapi, kita boleh kawal reaksi kita terhadap apa yg berlaku lantas mencorak kehidupan kita! Kerana kehidupan adalah peristiwa (yg berlaku dlm hidup) + respon. Sedang kita tidak boleeh mengawal peristiwa, reaksi kita terhadap peristiwa akan menentukan kehidupan kita; bahagia atau sengsara! its all begin in here~~> ur mind! Therefore, MOVE ON!!
if something unpleasant happen in our life, jgn merungut, jgn mengeluh, jgn menyesal that we chose that path dan jgn diumpat keji perkara itu di kemudian hari. Jadikan ia pengajaran, move on dan jadilah org yg lebih baik lagi!
barang yg lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun lah diri.
So, lets make it clear to ourself, yang kita tidak akan menoleh kebelakang with regrets. Hidup perlu sentiasa ke depan. Kita sekadar toleh ke belakang utk tidak ulangi kesilapan itu, bukan untuk terus hidup dlm masa silam!
Respon dgn bijak utk setiap life event. Langit tak sentiasa cerah, tp reaksi kita membezakan kehidupan yg dicorak. Kalau kita hadapi dgn positive, kita mengeluarkan aura yg positif lantas menarik semua yg positif2 sahaja ke dlm hidup kita.
Lastly, ingatan utk diri sendiri sekali lagi:
Peristiwa + respon = kehidupan
Semoga kita semua berjaya mencorak kehidupan yg lebih bahagia! :)
No comments:
Post a Comment