Sunday, January 29, 2012

Salam

Salma.
Masa kecik-kecik, Salma selalu ditanya,,dah besar nak jadi apa? Salma selalu merasakan soalan ini merupakan soalan yg paling sukar untuk dijawab. Terlalu besar, bukan hitam-putih sahaja jawapannya. Dan Salma sendiri sebenarnya tidak tahu lagi, dah besar nak jadi apa.
Then, somehow along the way bila org tanya "Salma dh besar nak jadi apa?' Jawapan favourite Salma adalah - Nak jadi org berguna! hehehe.

Masa tu mungkin Salma ghase jawapan nk jadi org berguna tu osem kot...! Tapi yg dgr mesti rasa 'Ya Allah,, meluatnye jawapan'

The truth is, walaupun Salma tak tahu apa yg dia mahu, dia cuma mahu jadi org yg berguna. Orang yg mampu menyumbang sekurang-kurangnya pada mak dan abah, pada abang dan adik nya. (Kalau tidak pada agama, bangsa dan dunia!)

Menjadi remaja, Salma mula merangka angan-angan. Bagaimana mahu menjadi org berguna - itu cita-citanya. Dia fikir, mungkin, saya perlu menabung dari sekarang. Jadi, mengambil teladan dari sirah nabi yg berniaga, Salma jual burger dan roti john. Sebab Salmah tinggal di asrama yg kawan-kawannya selamanya seperti kebuluran, jualan roti John dan burger amat memberangsangkan! Salmah bijak. Bukan dia yg memasak. Dia beli dari luar dan jual pada kawan-kawan. Untung 30c utk setiap roti John dan burger. Tidak byk pun untungnya, tp besar ertinya utk Salmah ketika itu. Hati Salmah berbunga.

Di kolej, Salma nampak lagi peluang utk berniaga. Buku-buku terlalu mahal. Internasional katanya. Untuk budak-budak umur 18 tahun yg baru nak merasa pegang duit...memanglah harga buku rm150 nampak begitu besar. Salmah tahu...ini peluang dia. Bersama rakan-rakan mata duitan (read: opportunistic) Salmah mencari syarikat printing dan print buku-buku itu dgn harga murah! (this is illegal yer) Ada 7 buku wajib beli. ada lebih kurang 200-300 pelajar. dan setiap buku Salmah aim utk untung at least rm10. U do the math! Salmah kaya!!!!! Salmah kaya!!!! cukup duit poketnya utk 2 tahun itu di kolej!!

Salma tahu dia berbakat dalam berniaga.
Sebab dia opportunistic.
Sebab dia persuasive.
Salma persistence
Salma ada patience dan passion.
dan Salma tahu utk berjaya it takes lots of hardwork, knowledge dan good attitude. Tapi at the end of the day, what take u there adalah the love of God.

Sebab itu Salma putuskan untuk jadi Doktor.
Sebab Salma hanya mahu jadi org yg berguna.
Salma = سلم = peace


2 comments:

  1. salma or salmah ni???

    oh, may i know who else that 'salma' is, apart from me? hihik.

    tp this 'salma' diputuskan dan memeutuskan untuk menjadi doktor

    ReplyDelete