dan kami juga bersetuju for things to happen it takes the right place, the right person and the right time. Kadang-kadang kita berjumpa dengan orang yg kita rasakan betul. Tapi masanya agak tidak tepat. Maka, orang itu hanya menjadi sebahagian dari kisah-kisah lalu. dan mungkin masa dan tempatnya betul, tetapi tidak kesampaian berjumpa org yg selayaknya, maka impian kita tinggal impian. Dalam kenangan. Pengalaman.
Sejujurnya, pada usia ini, saya sudah tidak berminat dengan permainan anak-anak. Apatah lagi permainan remaja ; bodoh, terburu-buru dan sia-sia kadang-kala. Dalam kata yg mudah, I am not interested in games, just real deal please. Kebetulan, bila seseorang itu usianya 5-6 tahun lebih tua, kita mengharapkan kematangan. Menjangkakan kepimpinan. Rasional . Toleransi. Bukan permainan rajuk anak kecil mahupun amarah tidak kukuh bersebab. Bukan permainan tantrum dan attention seeking yang menyesakkan dada. Kerana sesungguhnya, pada usia ini, kita mula mencari imam ; dalam solat dan dalam hidup. Fokus bukan lagi pada mencari teman sepermainan atau teman bertepuk tampar.
Saya fikir, jujur, anda tetap seorang yang baik. Cuma itulah, dunia.
Tiada kebetualan dan tiada yang sia-sia.
Pengalaman dan kenangan, setidaknya.
Early spring in Lambton, tghr panas terik di ChinChin, Jasin. Keduanya, selalu di ingati |
No comments:
Post a Comment