Salam.
Rotation general medicine yg menyesakkan, memenatkan. Tapi masa tidur tetap lama, pertambahan masa belajar tidak juga. Letih, katanya. :)
Doktor sombong
Its funny how people change. Orang-orang yg nampak humble masa sekolah dulu telah bertukar menjadi lelaki-lelaki alpha, malah paternalist-egoistic. Kakak-kakak ayu zaman sekolah menengah telah bertukar menjadi ala-ala singa betina garang yg sedang sakit nak bersalin!
Aaauuuummmmm!
Malah kadang-kadang dia bak ayam betina ghairah mempertahankan anak-anaknya ; berkokok yg bisingnya bingit sekampung!
Metaphora sgt...
dan dalam pada kita perhatikan orang-orang yg pernah kita kenali menjadi asing, I think its worthwhile untuk reflect ; what went wrong and what can I do to NOT to be like that in the future.
Tentu, kerje penat, kita jadi cranky. Toilet break pon tak ada, nak stop duduk minum-minum kopi mmg lah kisah dongeng, macam lagu Stacey! Cuti susah nak dapat, exhausted jiwa dan raga. Mana lah nak senyum bila penat yg amat menguasai diri, kaki bagai nak tercabut berdiri dan berjalan tak henti-henti. Itu belum lagi telinga panas (tahan maki). Gaji byk tu juge. Kerje asik nak kena lebih masa!
Eh, pendek kata, byk la bende yg boleh sakitkan jiwa!
Saya belum jadi doctor.
Saya pun tidak tahu mungkin saja saya juga akan jadi doctor sombong bongkak.
Mungkin saja awak juga begitu nnt.
Doa selalu.
Reflect diri, selalu.
Rajinkan lidah menyebut maaf dan terima kasih?
Mengaku salah dan damage control?
Ikhlas?
argh....tp ikhlas itu rahsia hati. Hanya Allah yg tahu. Kalau sudah terdetik yg kita rasa kita ikhlas, saat itu kita sudah tidak ikhlas.
Macam susah yer?
Tapi dulu, ada org selalu ingatkan saya, tidak kira bgmn org keliling kita, kita perlu tetap menjadi diri kita!
Kata dia, benih yg baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung, kalau di campak ke laut menajadi pulau. Malah kalau dicampak ke langit sekali pun, menjadi bintang!
Saya mahu menjadi benih yg baik itu.
Saya tahu awak juga.
Sama-sama kita usahakan
Mahu?
No comments:
Post a Comment