Menjadi anak kampung yang dibesarkan di lembah ini, sering saja bual-bual kosong di gerai menjadi perlu. Sebagai tanda hormat dan ramah. Sikap yang perlu di kampung ; perlu tahu berbual dan menegur pada yang lebih tua, rendah diri dan bersopan.
Makanya, setiap kali membeli nasi lemak di gerai seberang jalan itu, setiap kali itu jugalah orang-orang tua di kampung ini bertanyakan soalan yang hampir serupa pada saya; tapi di ubah-ubah ayatnya sahaja.
' Dah habis belajar ya?'
' Bila nak kerja?'
' Jadi, bila langsungnya?'
dan, tentulah soalan yang terakhir tadi paling mencengkam kalbu.!
Harus makanya, di elakkan saja membeli nasi lemak di gerai seberang jalan besar itu!
.
This one adalah part of the book yang kita tgh baca. Nipis jer bukunya. Hasil Bahruddin Bekri (my fav blogger!) tajuk Diari mat Despatch. I felt that this part mcm menyentuh hati sikit.
Ada perkara yang kita perlu terus mencuba, walaupun kita tahu, kita tak punya peluang. Misalnya hidup ini. Walaupun kita tahu kita akan mati, tapi tidak bermakna kita perlu berhenti berusaha dari terus hidup!
Comel sangat.
Teringat kat Muslim di Gaza masa ni. I bet diorg lagi faham erti tidak berputus asa utk terus hidup.
and right here, I can only pray that palestine, tomorrow will be free.
Palestine, tomorrow will be free.
Palestine, tomorrow will be free.
Maka, insaplah kita ni hah. Tak apalah kalau orang-orang tua kat kampung ni selalu tanya soalan sama. Hatta, dentist kita yang dok pusing soalan yang sama tu pon tak haper! Orang-orang Palestine, lebih byk deritanya. Tak kecoh kat blog pon!
#teehee!
No comments:
Post a Comment