Salam!
Sebenarnya dah lama dah ada niat nak belajar menjahit. Sementara tak buat apa2 sangat ni..mmg baguslah belajar menjahit ker..apa yg patut ker. dari melanga tak buat apa, kan...Setelah penat dok call kolej komuniti bukit beruang utk kursus pendek - diorg kata akan call bila class dibuka. Tapi dah dekat sebulan..asik kita jer yg call..kelas nya tak ada jugak! So, ditakdirkan terjumpa website kemas..so I join their classes. Effective immediately. :)
Masa kat kelas tu, dalam pada kita dok terkial-kial belajar jahitan tangan asas, (ulang, jahitan TANGAN asas!) terdengar lah macik-macik kat belakang dok soksek-soksek... Dalam hati kita ' hamboi, sempat kau ngumpat!'
Ya Allah..rasa berdosa. Patutnya, datang kelas kemas belajar menjahit..bukan dok gosip2 ni... dan tujuan kelas KEMAS diwujudkan adalah utk bantu golongan wanita mendapatkan kemahiran yg kemudiannya, diharapkan dengan kemahiran tadi, dapatlah golongan wanita ini menjana punca pendapatan! Ini macik-macik ni dah bantai dok soksek-soksek kat belakang...
Mengumpat tak nak pulak cakap perlahan-lahan..satu kelas dengo!
'Marin dia bercinta dengan sapa ntah...7 tahun. Tak kemana...'
'Kesian budak pompuan itu yek'
'Itulah..padan muka dia. Kata baru ni, bertunang dengan bini orang. hahaha..(mengilai sikit)
'Tak ker haru!?'
'Eh, bini orang ker? '
' Jah tak tahu pon, kak!'
'Ituler..habis tu, boleh pulak dia kata dia kena buatan orang! eh, dia ingat ini drama ker apa?'
'Macam ni punyer orang pon ada!'
Balik kelas petang.
Tengok beautifulnara.com
Oh, diorang cerita pasal fiz peroz ker?
hahahaha.
Macik-macik ni bercerita, macam orang kampung dia si fizz peroz ni!!
.
Tapi mengumpat tetap mengumpat. Regardless siapa yg kita umpatkan.
Prof Muhaya cakap.. Macam mana kita tgk kawan kita mengumpat/bercerita pasal orang lain pada kita, macam tu lah jugak dia bercerita/mengumpat pasal kita pada orang lain.
Nasihat utk diri saya sendiri (kalau awak nk ambil pengajaran pun bole jugak) : Besok-besok, agak2 lidah tu terasa nak mengata/bercerita pasal orang...baca al-humazah. dengan maksud. Baca kuat-kuat. Pastu fikir. Ada beran nak mengata?
#hikhikhik
No comments:
Post a Comment