Saturday, February 25, 2012

Anak







Anak anugerah Ilahi. Selalu sangat kita dengar. Anak adalah ulama' masa depan, anak ialah pembekal saham akhirat kita dan anak adalah pembela ummat ; ini jarang-jarang sikit kita dengar. :)


Ramai orang mahu anak. Mereka bersungguh-sungguh mendapatkan segala rawatan yg ada. Infertility clinic sebenarnya mahal, dan mengikut survey adalah clinic yg ada frustration rate yg plg tinggi di kalangan pesakit.
Sedih kan.


Malang nya,  ramai juga yg buang sahaja anak mereka. Buang ; buang anak secara fizikal. dan mengabaikan juga pada saya serupa seperti membuang.



Masa buat elective kat hospital besar melaka dulu, jumpa ramai remaja perempuan yg 'ter' mengandung. Single mother kita panggil. istilah ini agak rindu-konsep (miss-conception)
Ada yang tanpa segan silu bercerita itu dan ini mengenai hal ini.
Jauh dalam hati...ini kalau sedara mara sendiri ni...apa yg kita akan buat??
Mahu di marah, hal sudah jadi. Mahu di pukul, bukan anak-anak lagi.
Purata 30 kelahiran tidak berbapa setiap bulan di Hospital Melaka. Maka, saya tidak marah kan Ali rustam bila dia mahu membina rumah perlindungan untuk remaja terlanjur. Betul, ini bukan mekanisma pembetulan dan pembaikan tetapi lebih kpd damage control sahaja. Tapi, sekurang-kurang nya..remaja in ada tempat untuk pergi.


dan kalaulah org yg mudah-mudah buang anak itu tahu mcm mana susah, sedih, kecewa dan sengsara org yg cuba nak dapat anak tapi tak dapat, mesti diorg tak akan buang anak. Kalau org yg buang anak tahu, mereka tak perlu buang anak itu, tapi mereka boleh dapat pertolongan dari segala bagai rumah perlindungan, ibu-ibu terlanjur ini boleh dibantu utk menjadi insan dan pembina ulama' bukan sekadar anak-anak. Kalau org yg buang anak tahu betapa besarnya rahmat Allah sbb beri kita anak, mereka mesti tidak buang anak itu.

kalau....
(tapi kalau la..kalau... Hakikatnya? )

Bila anak itu dibuang kerana yg membuang adalah 'single mother', jauh dari sudut hati, kita boleh memahami kenapa. Kerana stigma masyarakat kita.

Tapi apa hal nya bila anak yg masih janin di bunuh oleh pasangan suami isteri yg sah. atas alasan tidak mampu, tidak mahu, tidak larat lagi nak anak ?? Di mana nilai jati diri insan, di mana pergi percaya pada tuhan, di mana pergi rasa kemanusiaan? 
Sebab itu di sini pentingnya pendidikan. 'Pernah dengar perkataan contraception?' Jujur, saya mahu mengajukan pertanyaan ini pada pasangan tersebut. 



Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Al-Isra' , 17: 31, 32




No comments:

Post a Comment