Dari kejauhan kelihatan Salma baru pulang dari hospital. Langkahnya di laju-lajukan, di besar-lebarkan. Dia mahu segera sampai ke rumah. Sudah tidak tertahan lagi dalam jiwanya.
Perasaan itu sudah seperti sampai di perut. Tekaknya terasa berat, kesat, seperti berpasir. Pahit. Salma seolah-olah masih dapat merasa sekujur daging keras menjadi hampir beku itu. Sejuk. Sejuk sekali. Masih terdengar-dengar bunyi derap tulang rusuk itu dipatah-patahkan.Dipotong dengan pemotong dahan. 14 kali kesemuanya. 14 kali bunyi derap itu, bunyi seperti memotong dahan kecil pokok di belakang rumah dengan abah tatkala hujung minggu..! Bunyi itu dia biasa dengar, tp bukan pada manusia.
Langkah Salma makin pantas. Hatinya makin sebak. Kanta nya mula berkaca. Dia tidak tahu dia mual kerana bau atau mual kerana emosinya terganggu. Ingatannya teralih pada peristiwa tadi. Bila pisau itu dihiris dan darah pekat hitam mengalir, terasa seperti hilangnya penghormatan, hilangnya pangkat dan keturunan. dan ini baru di dunia.
Dia tidak tahu kenapa dia sebak. Adakah kerana peristiwa ini atau peristiwa yg sudah-sudah.
Salma kurang mengerti kenapa dia bersedih.
Sedangkan dia tahu, yg dia sudah lama menanamkan dalam dirinya yg dia tidak akan mengharapkan orang lain menjadi sebab dia gembira, sedangkan Allah sentiasa ada. Kita yg lupa. 'Cukuplah Allah bagiku'. Mengapa mencari bahagia dgn hadir manusia sedang kita sempurna dengan mencari cinta sang Pencipta. Begitu juga, secara teori penaakulannya, mengapa bersedih bila manusia itu tiada?
Lelaki tadi usianya sudah tua. Dia mati tiba-tiba. Kalau kita yg muda ini mati tiba-tiba bagaimana? Hidup ini singkat, dan banyak pula yg ingin kita capai. Kadang-kadang Salma terfikir, sempatkah dia membina kerjaya?Sempatkah dia berbakti pada org tua? Sempatkah dia punya keluarga?
Melintas jalan untuk pulang ke rumah.
Mual di tekak Salma makin tidak tertahan. Perutnya rasa tidak enak.
Salma sudah tidak peduli. Dia mula berlari-lari anak.
Bau hanyir, darah, dan bau hamis-pekat-masam-pahit terasa makin kuat. Dia hanya mahu pulang dan mandi. Menghilangkan bau-bau dan rasa bersalah dalam bilik autopsi. Salma tahu, dia bukan ditakdirkan untuk mencintai forensic pathology.
aku faham perasaan kau salma...
ReplyDeleteaku mengerti apa yang kau rasa, samah...
malah, aku juga mengalami apa yang kau tempuhi salmah...
cuma bezanya, aku tiada mayat untuk dibedah.
***
salma... hanna... salmaa... hanna... kalian, terlalu beremosi...
*suara dari langit*