Friday, December 2, 2011

The Bush Turkey Behind The House

About 3-4 months ago, kita menerima pelawat yg tidak diingini di belakang rumah.
A bush turkey. Turkey liar, tidak bertuan.
Kerja nya aneh, setiap hari dia mengais-ngais di belakang rumah, sampai licin gondol tanah di belakang. Dia datang pagi-pagi, setiap hari; tidak pernah miss satu hari pun. Bila fajar menyinsing, percayalah, encik Turkey sudah mula mengais.

Aneh!


Entah apa yg En. Turkey kais, kita semua tak pasti pada mulanya. Ingatkan dia nak cari cacing. Tapi lama-lama kalau dah gondol tanah, apa cacingnya? Turkey buat bukit dari segala daun-daun dan kayu-kayu yg dia kais. Tinggi!


Ini membuat tuan tanah sakit hati!

14 kali kita semua runtuhkan bukit tuh, 15 kali Turkey bina kembali.
Pagi-pagi sebelum pergi kelas, kita semua runtuhkan sikit. Petang, bukit dah naik lagi tinggi.
Maka benarlah kata pepatah, (mengais) sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!!

Turkey kecil sahaja saiz badannya, tapi bukit yg dibinanya melelahkan 4 pemudi untuk meruntuhkannya.



Bayangkan, kalau semangat kita sehebat turkey ini. Hari-hari mengais tanpa jemu, tanpa kenal erti penat, dari pagi membawak ke petang, tidak berhenti BERUSAHA!
Kerana, bush turkey sedang membina sarangnya, sbb itu dia tidak berhenti. Dia membina sarang untuk anak-anaknya kelak (mungkin). Membina sarang yg terbaik untuk masa depannya dan generasinya!

Kalau kita sedang berusaha mencorak masa depan kita, kita juga tidak harus berhenti. Kalau 14 kali orang cuba runtuhkan impian kita, come on!, 15 kali kita bangkit lagi! Kerana ini adalah pembinaan masa depan, ini adalah pencorakan peribadi sekarang.
Kalau jatuh, bangkit lagi. Kalau tersadung, ayuh! kembali berdiri dan terus berjalan dan berlari lagi!

Kalaulah semangat turkey boleh diambil, baca setengah chapter satu hari, kalau dah 3-4 bulan, jangan kata essential surgery, Harrison internal medicine pun boleh habis baca, cover to cover !

Bush turkey yang mengalami masalah OCD, kalaulah semangatmu boleh kita ambil sedikit pun jadilah....



p/s so, kalau makan telur bush turkey ni boleh jadi rajin macam dia tak? hik hik hik... :) *dgn niat membunuh*

u can read more about bush turkey and what kind of OCD that they have! google 'em up ok?

Friday, November 18, 2011

Pertama

Bismillah.

Disclaimer:
Tulisan saya mungkin baik, mungkin tidak, mungkin betul, mungkin salah (as it is subjected to personal opinion) tapi harap2 masih berada atas landasan yg betul. :)
so, hate it, like it, be annoyed by it...what's important is: u have read it!

salam!