Wednesday, December 5, 2012

Alhamdulillah

Salam,
Alhamdulillah. Selesai satu bab dalam hidup. Tamat sudah sekolah perubatan!! yay. skema sangat bunyi dia. haha. Med school. Selepas 6 tahun, dan kita mula membungkus semua kenangan 6 tahun ini ke dalam kotak2 coklat..oouhhhh, sayu sangat.

Tahun ni, byk yg berlaku. personal issues, hal sekolah, hal dengan kawan-kawan, hal family, hal dgn customs (ok, yg ni plg kelakar) banyak sangat drama tahun ni ; drama hilai tawa dan air mata juga.
Tapi hidup adalah pelajaran. Sebab byk drama lah kita boleh belajar kenal orang, kenal diri sendiri, faham modus operandi diri sendiri yg selalu menyebabkan diri sendiri get into trouble. In summary, I learnt a lot this year.

6 tahun, atau 5.5 thn sebenarnya.
Banyak sgt kenangan. dari duduk di Janet st yg jalan-jalan berbukit nya mencabar quadriceps kita, pindah ke Turana st. Sangat convenient sbb dekat dgn Uni.  Kemudian pindah ke Croudace st. sebab nk dekat dgn hospital, tp jauh dari semua org. Punya la sunyi at times...tuhan jer tahu.

I was 21 when I came to Australia. Bunyi mcm dah besar, tapi orang 21 tahun kadang-kadang masih anak. Masih hijau. Kita 'membesar' dan membina personaliti di Australia, mengenal masyarakatnya, mengenal budayanya dan sedikit sebanyak, budaya itu terserap dalam jiwa. Harapan kita bersama, biar yg baik-baik saja kita bwa pulang, yg kurang sesuai dgn budaya kita, biarlah saja terus tertinggal di bumi Kangaroo ini. :)

I will always miss the people, the beach and the kebabs!
:)


Tuesday, November 13, 2012

Hidup penuh drama!

Salam,
I decided tahun ini  merupakan tahun akademik penuh drama uolls..!
ok, nada ayat sgt gedik. Tapi nak buat mcm mana. Terima jer la.

Dari awal tahun, dgn pemalas nya nk pergi kelas, dengan memonteng nyer, dengan plagia****nya, history of belajar 4-5 hari sahaja untuk exam final sem. Kebetulan rumah masuk pencuri, laptop dan phone hilang, isu log book missing, isu dengan visa lagi, immigration lagi. Hadoi!
dan yg terbaru, isu terlepas long case gen med!!
Diorang reschedule, tp late notice. mana boleh!!! Tp salah sendiri jugak, tak check email regularly.

Maka, harus rasanya, tahun ini digelar, tahun akademik penuh drama!!!

Terima kasih pada Desiree sbb bg mug ni ages dulu. 


nota kaki: Tapi sebenarnya, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tiada yg kebetulan, tiada yg sia-sia. I was at Mater Hospital the whole morning, and unfortunately tak bertembung dgn sapa-sapa pun. I could have taken the exam. Tapi Allah ada rancangan yg lebih baik. I am sure of it. Baik atau buruk, saya akan tetap bersangka baik pada perancangan Allah. Semoga kita semua selalu dalam rahmat dan lindungan Allah. aminnnn..! :)

Friday, November 2, 2012

Doktor doktor sombong

Salam.
Rotation general medicine yg menyesakkan, memenatkan. Tapi masa tidur tetap lama, pertambahan masa belajar tidak juga. Letih, katanya. :)

Doktor sombong
Its funny how people change. Orang-orang yg nampak humble masa sekolah dulu telah bertukar menjadi lelaki-lelaki alpha, malah paternalist-egoistic. Kakak-kakak ayu zaman sekolah menengah telah bertukar menjadi ala-ala singa betina garang yg sedang sakit nak bersalin!
Aaauuuummmmm!
Malah kadang-kadang dia bak ayam betina ghairah mempertahankan anak-anaknya ; berkokok yg bisingnya bingit sekampung!

Metaphora sgt...

dan dalam pada kita perhatikan orang-orang yg pernah kita kenali menjadi asing, I think its worthwhile untuk reflect ; what went wrong and what can I do to NOT to be like that in the future.

Tentu, kerje penat, kita jadi cranky. Toilet break pon tak ada, nak stop duduk minum-minum kopi  mmg lah kisah dongeng, macam lagu Stacey!  Cuti susah nak dapat, exhausted jiwa dan raga. Mana lah nak senyum bila penat yg amat menguasai diri, kaki bagai nak tercabut berdiri dan berjalan tak henti-henti. Itu belum lagi telinga panas (tahan maki). Gaji byk tu juge. Kerje asik nak kena lebih masa!
Eh, pendek kata, byk la bende yg boleh sakitkan jiwa!

Saya belum jadi doctor.
Saya pun tidak tahu mungkin saja saya juga akan jadi doctor sombong bongkak.
Mungkin saja awak juga begitu nnt.

Doa selalu.
Reflect diri, selalu.
Rajinkan lidah menyebut maaf dan terima kasih?
Mengaku salah dan damage control?
Ikhlas?
argh....tp ikhlas itu rahsia hati. Hanya Allah yg tahu. Kalau sudah terdetik yg kita rasa kita ikhlas, saat itu kita sudah tidak ikhlas.

Macam susah yer?
Tapi dulu, ada org selalu ingatkan saya, tidak kira bgmn org keliling kita, kita perlu tetap menjadi diri kita!
Kata dia, benih yg baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung, kalau di campak ke laut menajadi pulau. Malah kalau dicampak ke langit sekali pun, menjadi bintang!

Saya mahu menjadi benih yg baik itu.
Saya tahu awak juga.
Sama-sama kita usahakan
Mahu?



Sunday, September 23, 2012

Adakah saya sudah mengecewakan kamu?

  Pernah dahulu saya berbual dengan seorang teman rapat tentang perkara yang berlaku di dunia ini ; sesungguhnya tiada kebetulan dan tiada yang sia-sia. Tiada kebetulan dan tiada perkara yang sia-sia. Saya tanamkan kemas di dalam hati saya ; menjadi pengubat rasa putus asa.

  dan kami juga bersetuju for things to happen it takes the right place, the right person and the right time. Kadang-kadang kita berjumpa dengan orang yg kita rasakan betul. Tapi masanya agak tidak tepat. Maka, orang itu hanya menjadi sebahagian dari kisah-kisah lalu. dan mungkin masa dan tempatnya betul, tetapi tidak kesampaian berjumpa org yg selayaknya, maka impian kita tinggal impian. Dalam kenangan. Pengalaman.

   Sejujurnya, pada usia ini, saya sudah tidak berminat dengan permainan anak-anak. Apatah lagi permainan remaja ; bodoh, terburu-buru dan sia-sia kadang-kala.  Dalam kata yg mudah, I am not interested in games, just real deal please. Kebetulan, bila seseorang itu usianya 5-6 tahun lebih tua, kita mengharapkan kematangan. Menjangkakan kepimpinan. Rasional . Toleransi.  Bukan permainan rajuk anak kecil mahupun amarah tidak kukuh bersebab. Bukan permainan tantrum dan attention seeking yang menyesakkan dada.  Kerana sesungguhnya, pada usia ini, kita mula mencari imam ; dalam solat dan dalam hidup. Fokus bukan lagi pada mencari teman sepermainan atau teman bertepuk tampar.

Saya fikir, jujur, anda tetap seorang yang baik. Cuma itulah, dunia.
Tiada kebetualan dan tiada yang sia-sia.
Pengalaman dan kenangan, setidaknya.


Early spring in Lambton, tghr panas terik di ChinChin, Jasin.  Keduanya,  selalu di ingati

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan 16

Salam,
Half way through ramadhan! semoga semangat dan iltizam masih seperti ramadhan pertama, and hopefully next week will start to sprint seperti ini adalah larian pusingan terakhir.
Tapi kadang-kadang bila dunia dan isinya melelahkan kita :) semoga kecekalan hati menguatkan badan yg hampir saja lesu.

Kehidupan adalah pelajaran.
Kita hidup bukan sekadar hidup, kita tidak dijadikan tanpa sebab. Sekurang-kurangnya, belajar lah dari pengalamn hidup (yg sikit atau banyak) dan dari situ kita menjadi lebih 'dewasa' lebih 'terpelajar' ; bukan sekadar kerana banyak nya ilmu tetapi banyak pelajaran yg diambil.

2-3 minggu ini banyak drama.
Harapa-harap I learnt the lesson. Semuanya berpunca dari sikap endah tak endah. Perlu lebih peka dan terperinci sedikit dalam hidup selepas ini. iAllah.



Ramadhan..
How do I loose weight..when these are the things I ate?




Half way to go. Hari ni ada 'half -way party' versi budak-budak melayu. hihi.---> Hari Ihtifal :)

Sunday, July 22, 2012

An expensive lesson learnt

Salam,
Its Ramadhan again. and hopefully this year will be much better than last year. Lets make Ramadhan as a platform to become a better muslim, a better person.

An expensive lesson learnt
of coz, ada benda dan perkara yg menuntun harga yg mahal utk dipelajari, di hayati. Kita kadang-kadang take safety for granted hanya kerana kita berada di kawasan tertentu; yg di yakini selamat.
Sedang kita tidak tahu mungkin saja ada mata-mata jahat yg rancak memerhati kita saban hari.
Semoga Allah terus lindungi kami.
We lost things, and things in my opinion are just things. Tidak mengapa. Asal kita semua selamat.

Innalillah dan alhamdulillah.
Innalillah - utk kecelakan yg menimpa
Alhamdulillah - utk pengajarannya dan atas budi baik rakan-rakan yg prihatin

what strikes me is not that I lost my laptop, but the fact that I also lost my photos in there. They are precious. 5/6 years of memories terasa direntap begitu sahaja oleh tangan kasar seorang bogan dayus.

Its Ramadhan.
Semoga Allah ampunkan kesalahan kita semua dan memberkati kita dgn keselamatan dan kesejahteraan.
amin....

Tuesday, June 19, 2012

Kecil yang menggugat!

Rumah yang saya tinggal kini, adalah di kawasan berbukit. Lelah kalau mahu memanjatnya. Tapi bukit itulah yang saya daki setiap hari untuk ke hospital.
Saya berkongsi rumah itu dengan 3 orang kawan lagi. 4 orang perempuan kesemuanya yang tinggal di rumah berdinding putih ini. Keempat-empat kami pelajar perubatan tetapi kami berlainan rotation. Tidak seorang pun di rotation yang sama. Makanya, jadual kami berbeza. Pada masa saya cuti, mereka kesibukan. dan pada masanya mereka bercuti, saya kelelahan. 

Tetapi rumah tetap riuh bila kita makan bersama. 
Perasaan kebersamaan itu tetap ada, cuma kadang kala keterbatasan itu kerana kekangan waktu.

Saya selalu bergurau yang rumah kita, dengan cat putihnya, dengan limbahan rimbanya, kelihatan seperti rumah di dalam novel-novel penyiasatan kanak-kanak yg sering kita baca semasa di sekolah dahulu. 'Misteri banglo putih di hujung kampung' - tajuk yang sering saya omok-omokkan. 

Tetapi memang rumah kami penuh misteri. 
Di belakang rumah, laman nya memanjang luas. Ada buaian. Yang kadang-kadang pada waktu angin kuat menghembus, kita akan kedengaran bunyi besi bergeseran- dari buaian itu. krik, krik, krik....  sayup. Dibawa angin petang. Berserta bayangan lintas-lintasan. 
Kadang-kadang apabila petang makin jingga, dan bila saya seorang dirumah, ada bunyi orang berjalan-jalan didapur. Kuat dan jelas bunyinya. Makin saya cuba untuk mengabaikan bunyi itu, makin kuat  derap bunyi  kaki. Saya akan bertanya dengan kuat. "Hanis, kamu kah itu?" 
Sepi. Tiada balasan. 
Lalu saya keluar dari bilik, menjengah ke dapur. 
Lengang. Tiada sesiapa. 
Saya kembali ke bilik saya. dan bunyi derap kaki bermain kembali.
Kadang-kadang antara jelas atau tidak, ada bunyi orang bercakap-cakap.
Entah.
Akhirnya, saya putuskan untuk abaikan sahaja bunyi-bunyi aneh itu. 

Ada suatu waktu, rakan serumah saya terdengar bunyi orang memberi salam. 
'Salam alaikum!' 
Lantang dari pintu masuk. Dia fikir, mungkin salah seorang dari kami pulang. 
Tapi bila hari petang, barulah dia sedar, yang ketiga-tiga kami baru sahaja pulang dari hospital. Jadi siapa yang memberi salam dan bunyi derap kaki siapa yang didengarinya? 

Rumah kami memang sedikit misteri. 
kadang kala bulu roma meremang tanpa sebab-sebab yang jelas. 
Saya selalu mengabaikan sahaja. 
Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu nak buat apa. 

Dalam rumah yang penuh misteri ini, kami juga ada banyak pelawat tidak di ingini. Binatang-binatang liar. Dahulu ada burung-burung cockatoo, kemudian di datangi bush turkey yang obses membina sarang di belakang rumah -  dan dia masih ada!
dan burung-burung ini mengundang ular. Carpet snake. Tidak berbahaya menurut Makcik Kathy, jiran sebelah. Cuma saiznya agak besar. 
Pada malam-malam hari pula,  ada bunyi kuku-kuku bercakaran di dalam ruang udara central heating - possum terlepas masuk ke dalam loteng. Entah bagaimana dia boleh masuk, saya kurang periksa. Kadang-kadang bunyi cakaran itu di dapur, kadang-kadang di ruang tamu, kadang-kadang di bilik saya. Ada masanya mereka berlari-lari di atas. 
Aduh! bisingnya, mengganggu tidur. 

Tetapi, walaupun berdepan dengan perkara misteri dan pelawat tidak diingini, saya masihi boleh bertahan untuk terus tinggal di rumah ini. Tanpa perlu panik.

Sehingga, pada suatu malam. 

Saya tinggal seorang lagi di rumah. Saya terdengar bunyi  yang saya tidak pasti di tepi katil saya. Sangka saya, mungkin bunyi possum di luar rumah. Saya abaikan. 
Tidak lama kemudian, seekor 'benda' kecil, berbulu kelabu-coklat, berkaki empat dan berekor panjang, dengan kepalanya yang sedikit bermuncung keluar dari belakang almari. 
Disitu.
Saya panik.
Panik paling habis. Adrenaline saya mencanak. Antara fight or flight, buat masa ini saya perlu flight. 
Saya melompat ke atas meja belajar. Membaling apa sahaja yang tercapai ke arah 'benda' kecil itu. Nasib baik, meja belajar ini kayunya padu dan teguh.

Reda, seketika.

Tidak saya sangka, binatang kecil, kamu mengganggu-gugat ketenangan saya! 
Kesabaran saya terhenti. 
Ketenangan saya dirompak.
Saya pasti akan membunuh kamu. 
Esok pagi saya akan pastikan kamu mati. 





Sunday, June 17, 2012

like a possum up a gum tree

Salam!
still in the mids of cuti sem. dying from boredom and lack of motivation to read.

so, I went to Sydney. Nothing special. considering I live in Newcastle. (because its near to Sydney, not that Newwy is any better.)

Cita-cita terlaksana. Naik ferry dari Darling Habour.
Well, I guess, bila sesuatu itu terlalu dekat, kita take it for granted. nanti la. nanti la. macam la tak ada esok nak buat bende2 ni semua. Boleh jer pergi nanti.
Kita asik tunda dan tunda sampai tak sangka, 6 kali winter. Winter ke 6 baru naik ferry tu.
Its nothing much to fuzz about. really.
Tapi itula,
kita asik take things for granted, bila benda ada depan mata. 
sampai nanti kita kehilangan. Mungkin baru itu  kita sedar what we missing out

On a different note.

Balik dr Sydney, masa di train station jumpa satu macik ni. Umur pertengahan. mungkin dah hampir 60thn.
Ramah betul orang putih ni. Bila kita borak-borak, somehow she believe that as a taurus (me) I am somewhat conservative and stick to one idea dearly.
I do not believe all this fortune-telling, hocus pocus kurafat bagai ni.
Tapi kalau behavioural science lainla.... lol disitu

Tapi betul, saya conservative. Ortodoks mungkin. Tp dengan nafas baru. hehehehe.
Bila kita percaya dengan yakin sesuatu itu betul, why not stick to it till the end? dan cuba sedaya upaya utk pertahan kan apa yg kita rasa betul.
Percaya pada sesuatu hal itu mudah.
Terus percaya dan terus melakukan hal itu, sedikit payah.
:)




Thanks peozanah sebab rela tahan all my whinging. 


Friday, June 8, 2012

hal-hal yg menggembirakan


Salam. 
Still in the mids of cuti sem. 

Org Melayu cakap, tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima. 
omputeh ckp it is more blessed to give than to receive. 
I'd say, duit memang tak pernah cukup. 
:) 
One of our good friend was kind enough to spend sometime ajar baking. I always have problem with cheesecake yg merekah. So...this is a good opportunity la for me.  dan alang-alang ada 2 org nak bake, we bake a few and sell them for charity!!
That little amount of money that we raised for charity makes me so happy. Sikit pun tak sikit sgt sebenarnya. Berbaloi la jugak. Alhamdulillah.
so.. Thank u to those yg beli. next time kitorg jual lagi! 




 Fatin was the head chef, Nick the sous chef and they took the liberty to 'appoint' me as the kitchen assistant. Meaning :  I'll  have to do the washing part.  Sneaky....


This is before we bake them, marble and blueberry.  When we serve....our wish is for them to look more like this: 


...which is almost similar. It just I don't have photos to prove it. 
teeheee....
 :) 

What i'm trying to say from this is... Bila kita buat sesuatu utk org lain, it makes us feel better. Kalau buat utk diri sendiri, kt rasa happy. Tapi, bila kita buat utk org lain, kita rasa happier. Perhaps, because we double up the joy, for u and the other people.  
so, let us start memberi, 
in any possible way.
:) 



Wednesday, June 6, 2012

Silly Sally...

Salam!
How's your iman today?
Susah kan nak jawab soalan tu. Lately a few people ask me that question. I found it difficult to answer. Extremely difficult. Due to complexity of the content and meaning of my potential answer, kita pun jawab; Alhamdulillah. Hopefully. *senyum*
Answering by not quite answering. Really.

that is not what I'm trying to write today.

I did silly thing(s).
dan definasi 'silly' mungkin berbeza mengikut masa, keadaan dan usia (pengalaman)  kita.
pergh...deep.!

Begin with the end in mind. Ayat Uzt Hazrizal (again)
Saya bersetuju dgn Hazrizal. dan pendapat saya sama. Bila kita mahu memulakan sesuatu, walau apa pun sesuatu itu, be it pekerjaan, relationship, or anything la.... Mulakan dgn tahu apa akhirnya. Apa kesudahannya.  Macam tulis buku, kalau kita penulis, mestilah kita tahu apa ending cerita yg kita nak tulis ni. Mana ada org main tulis jer. Mestilah ada rangka dulu or at least rough idea.  Kalau tak merapu la nanti cerita kita.
contoh lain, kalau kita nak masuk uni. Lepas tu kita ambik medic. (that's the begining) dan akhirnya, mestilah kita mahu jadi doctor. Takkanlah penat-penat 5-6 tahun buat medic last2 keluar jadi penyanyi pulak. Kalau ini ceritanya, ertinya org tu tak plan betul-betul 'the end' yg dia mahukan. Tak ker buang masa 5-6 tahun padahal u don't need a medical degree utk jadi penyanyi k-pop atau menubuhkan kumpulan 24/7. *hehe*

ataupun, masuk university tp dia tak tahu dia ambik course apa...belajar jer la.... ujung-ujung lepas 3-4 tahun... *taaddaaaaa*  jadi cekgu rupanyer.....  Tak ker penuh dgn element of surprise sepanjang 3-4 tahun tu?? Sanggup ke nak tertunggu-tunggu tanpa tahu matlamat dan arah tuju??  Sanggup ker?

Maaf, bukan semua orang sanggup.

Sebab itu, saya harap saya akan sentiasa  mula lakukan sesuatu with the end in mind. Kalau saya tidak tahu apa kesudahan atau matlamat sesuatu itu, maka saya rasa, mungkin, mungkin lebih baik jgn di buat. Atau tangguhkan dahulu, sampai jelas sebab dan akibatnya.

Tetapi, dlm pada saya katakan begin with the end in mind. Kita juga perlu fahami, priority dan matlamat hidup org kadang-kadang berbeza dengan kita. Saya faham hal ini. Betul faham.
This is when we have to learn to agree to disagree. Susah. Cakap senang la. Sebab, kadang-kadang,  to agree to disagree demand us to compromise our value. dan kadang-kadang, bila kita 'bekerja' dgn org yg disagree dgn kita, kita terpaksa steer the wheels to different directions. and when that happen, comes whatever, embrace it strongly, and remember Robert Frost's The Road Not Taken, as he took the one less travelled by, And that has made all the difference.

 :)

The road not taken ajar kita utk lakukan sesuatu yg berbeza dgn org lain.
However,the thing is, my path was not diverge into two. It's not. It just I'm so reluctant to keep going without knowing where I'm heading. That's all.

I did silly thing(s).
Yet, I'm glad.

May Allah bless us all with mercy and kindness.
Salam.

Sunday, June 3, 2012

Erti hidup pada memberi?

Salam!
Been a while. Sibuk exam. kaedahnya.


Few days back, tetiba teringat pasal Uztaz Hasrizal's writing. Tak ingat where I read it, mungkin dari blog or one of his books. He quoted this (or something that sound like this) : Kita tidak boleh memberi apa yg kita tiada.
It took me a few seconds to understand the sentence, a few minutes utk digest and perhaps, my whole life to put in into practice. He is right in this sense. As easy as it may sounds, yes, kita tidak mampu memberi apa yg kita tiada. Tapi rasanya, quite a challenge utk dipraktiskan.
Macam mana nak beri org sesuatu yg kita tak punya.
Macam mana nak ajarkan ilmu pada kawan/anak/isteri kalau kita tidak berilmu.
Macam mana nak bersedekah kalau kita pun sempit selalu.
Macam mana nak ada anak berjiwa pemimpin kalau kita tak tahu memimpin.
and the list goes on...


Untuk memberi sesuatu kita mesti ada perkara itu terlebih dahulu.
Kita lah yg terlebih dahulu kena perkasakan diri utk 'ada' itu semua sblm mampu memberi. Macam mana nak bersedekah kalau kita tak ada duit. sooo....mcm mana nak ada duit so that kita boleh sedekahkan?
Itu pokok utama yg harus kita fikir-fikirkan  :)


I found it sweet, motivating and very realistic.





Saturday, May 12, 2012

Cinta di rumah Hassan Al Banna



Salam!

so...I saw this book on a friend's shelve.
Tajuk buku dia catchy kan..cinta di rumah Hassan Al Banna...
Tapi, persoalan nya...siapa Hassan Al Banna.

He's a great man.
of coz..kalau tak org tak buat buku pasal dia. *teehee... *
so, siapa Hassan???
That's the learning target bagi yg tak tahu siapa dia.. go and google him up. u don't expect me to spoon feed everything kan??? kan??
Bottom line, he is a great leader and an ambitious man.

Tapi buku ni cerita pasal Hassan as a father and husband at home dan bagaimana dia mendidik anak-anak, menjaga urusan rumah tangga dan dalam masa yg sama sgt sibuk dalam kerjaya.
Mungkin ini buku mengenai efective parenting bg bapa (dan ibu) yg sibuk bekerja.

One of my favourite part dlm buku ni adalah mengenai anak yg dikatakan derhaka. Tapi anak tu tanya pada Khalifah (Umar Al Khattab RA masa tu) ada tak hak-hak anak2 yg harus ditunaikan oleh ibu bapanya?
Umar jawab, ada. Ianya adalah ;  ayah wajib memilihkan ibu yg baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yg baik dan mengajarkan dia al-Quran. 


Lantas, anak yg derhaka itu menjawab. ''Ibuku seorang Majusi, namaku Ja'lan*, dan aku tidak pernah diajarkan membaca al-Quran"
Umar menoleh pada ayah budak lelaki tadi dan kata " engkau datang mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yg menderhaka terhadapnya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau"

*snap...*

Jadinya, esok2, kalau anak kita derhaka, kita kena cermin diri kita dulu.
Mungkin kita yg silap dari permulaan dia lagi. wallahualam.

ok, so...

main content dlm buku ni:

  • Hassan yg byk membantu membuat kerja2 rumah despite penat, as it is his responsibility. dan dia jugak susah2 do the groceries. 
  • Hassan akan hantarkan bekal makanan anak ke sekolah kalau tertggl.
  • Anak2 Hassan claim that they are not afraid of him but rather do all the things he said out of respect and love for him. 
  • They have a library at home. untuk inspire anak2 membaca, dan Hassan purposely bg duit belanja yg banyak utk anak-anak...so that they can use the money to 1. buy books they like 2. sedekah!
  • regarding beri duit byk: ada org tanya, bukan kah beri duit byk akan rosak kan anak itu. Hassan tidak setuju. yg merosakkan bukan duit,  ttp sikap anak2 terhadap duit dan dunia. Betulkan sikap anak2 dahulu. 
  • Anak-anak Hassan tahu yg diorg akan di denda kalau buat salah. One day, his son (saiful islam) do something notty, and bila blk Hassan dah siap tunggu dgn rotan. Saiful Islam tahu he is going to get into trouble. Hassan rotan tapak kaki Saiful Islam. Later, Saiful Islam cerita, bila dia kena rotan tu, it feels ticklish. maksudnya: Hassan rotan bukan utk sakitkan anak, tp so that anak-anak tahu yg if they did wrongs, they will get into trouble. 
  • (somebody going to get a hurt real bad.....hehe. random. Teringat Russel Petters punyer lawak) 
  • Hassan selalu bg duit pada anak nya utk disedekahkan, dan dia akan mintak org lain tgk2 kan, adakah anak dia sedekah kan duit tu. atau tidak. 
  • Diorg mengaji sama2 pagi2 sebelum pergi sekolah. so, bila anak salah baca, Hassan tidak akan tegur at that instant. Nnt later, dia akan panggil anak itu dan mntak anak itu dengar bacan Hassan (on the same ayat)  .ie: mntak anak betulkan bacaan dia kalau silap. Mula-mula anak dia confuse knp...lama2 dia tahu yg sebenarnya, bukan ayah dia tak reti baca tp ayah dia mahu anak itu dgr bacaan itu betul2 dan boleh betulkan nnt. It works both way according to me: 1. Anak tu tak dimalukan dgn tegur dia depan adik beradik lain. 2. anak rasa appreciated 3. boost confident anak

ok la...panjang la pulak kan. Lain-lain kena baca sendiri. Go get a copy ok :)

sekian.
Haf a good day and good life!!




Thursday, April 26, 2012

Hidup

Saya percaya kehidupan adalah  definasi yang kita beri pada hidup ini.
Dunia dan seluruh isinya boleh beri apa sahaja pada kita, baik dan buruk, dan kita tidak mampu untuk mengahalang itu. Tetapi yg lebih penting adalah bagaimana kita menghadapai dunia dan seluruh isinya.

Saya melihat dunia dan seluruh isinya ibarat bola yang dilempar pada kita.
Bila kita nampak bola itu, dan kita sukakan nya, kita sambut bola itu. Genggam kukuh bola itu. Jangan lepaskan.
Apabila kita tidak suka bola yg dilontarkan pada kita, elaklah. Jangan biar bola itu cederakan kita.

dan mungkin, ada masanya, kita nampak bola yang kita suka, tetapi bola itu tidak dilemparkan pada kita. Kejar! kejarlah bola itu.

Kita mungkin dapat tangkap erat bola itu.
Kita mungkin tidak dapat tangkap.
Tetapi sekurang-kurangnya, kita telah berlari mengejar bola itu.

Itu pada saya lebih baik.
dari terus menuggu untuk 'dilemparkan' bola dihadapan kaki kita.

Ada orang dilahirkan untuk menunggu. dan dia bahagia begitu.
Ada orang dididik untuk tidak menuggu, tetapi mengejar.

Mengejar mungkin melelahkan.
Tetapi bila kita fikirkan, ia seperti pelaburan ; kalau dapat bola di idamkan, baguslah! tetapi kalau tidak, well..at least u learnt how to catch a ball and burnt a few calories. ain't it?

Nothing is wasted in this life. iAllah.





bottom line, if u want something, go get it. work for it. 
sebab..; 'yg bulat tidak datang bergolek, yg pipih tidak datang melayang'

Tuesday, March 20, 2012

Dilemma sungguh...

Kadang-kadang, pernah tak rasa, I better off jadi bimbo yg tak berfikir, just have fun and enjoy the moment...??? Berharap otak kita berhenti berfikir terlalu banyak, as we are not getting any pay pon buat overtime works. :P
I bet most girls do.
I mean, most girls I know do, as we are not bimbo to begin with. (well, girls with brain are hot stuff by new urban dictionary that I created)

Well. Its difficult u know. To stop thinking, for girls la. at least.
contoh situasi:
Ajak kawan keluar lunch, but then, u nak cancel last minute sbb byk kerja.
When ur friend insist nak lunch jugak, u say...dlm hati ' alamak, selfish giler kau! mcm mana la aku boleh kawan ngan org2 gini nih?????' Nak pergi ker tak nak nih???????
Fikir 1000 kali sekajap dlm hati nak pergi ker tanak....??? Kalau pergi apa jadi...kalau tak pergi apa jadi????
long term, medium term and short term consequences and complications semua diambil kira.....
Akhirnya tetap tak pergi jugak.
Typikal.
org pompuan.



Tapi cuba kalau ur friend ckp.. 'Oh, its ok, I faham u byk kerja. Its ok, I'll be fine lunch sorang-sorang'
.
.
.
Ur reactions will be...damn! bersalah giler!
.
.
2 seconds later u'll go : 'wait, is she trying to reverse psycho me?????? she is, isn't she??? dem! she's good!' 'Nahhhh..I think, she meant it single-heartedly...' 'eh, jap....mcm nak merajuk jer bunyi dia nih...' and soooooo on.....


Can't our brain be channelled to think simple. Kalau org insist, we say again, sorry, tak sempat ni. ok dah, letak talipon. Kalau org tu dah kata dia faham, dah la. Good. settle. habis citer.
Can't we?
We cannot....unfortunately.

Saturday, March 10, 2012

Blunt

Salam,

Blunt and sarcastic, one of which surely is my middle name that emak forgot to put in the surat beranak. :)

What is wrong with being blunt?
Being blunt is good.
I really think that being blunt actually prevent us from developing some kind of psychosis or disturbed behaviour. Seriously. At least protective against depression. For sure la..!
How many times, that we found it hard to say something because we are afraid that it might offend other people? and also how many time that you feel good after u burst and throw ur anger at someone?
Well, if you say yes to the second question, dude, you need some help. I meant it! 

Emotional stress is daunting and can push one to her/his limit. When they can't handle this emotional load any further, some might burst (or cry). Bursting or exploding towards someone could never be healthy. We know that. don't we. tapi bila masa kejadian meletopkan segala perasaan yg terbuku ini terjadi, kita tak mampu berfikir secara waras. Kita mungkin hilang rasional. Kemudian kita menyesal. 

Tapi apa gunanya? The damage has been done. Move on jer la. 

so, to prevent this, kita perlukan effective communication. How is it done? tak tahu. jujur tak tahu.  tak byk pengalaman lg dalam hal ini. Tapi, I know for sure, being true and transparent with our opinion or feelings is the main ingredient of effective long term communication. 
(sila note: long term) 

The good thing about being blunt is that, you say what you feel and get that negative (or positive) feeling sorted.
Problem solve.
The end.

Masalahnya, org melayu terutamanya, are too polite to tell what they think or feel. Till the end, meletop, ruin everything. That's a shame, kan?Seharusnya ini boleh di elakkan dengan duduk dan berbincang. Cakap betul2. Kenapa lah perlu sembunyikan ketidak-puas-hati- an. and swallow things bitterly?

What is wrong with being blunt?
Nothing. Nothing is wrong with being blunt, but I chose to be political tonight so I'd say, It's ok to be blunt as long as u are not hurting anyone's feeling. 

Yes.
Macam contradictory. I know.
Sebab, there's one rule to follow if u want to be blunt. One rule:
Be TACTFUL when u throw ur opinion in the air. Otherwise, u are not blunt.You are being plain RUDE my dear.

Berbincang dan berbicaralah secara berhikmah. 
If u want to be blunt, be tactful too. Kalau tak, just shut up and suck it!

The End.


Kalau kita berani untuk memberi nasihat, bersedia juga untuk dinasihati.

Saturday, February 25, 2012

Anak







Anak anugerah Ilahi. Selalu sangat kita dengar. Anak adalah ulama' masa depan, anak ialah pembekal saham akhirat kita dan anak adalah pembela ummat ; ini jarang-jarang sikit kita dengar. :)


Ramai orang mahu anak. Mereka bersungguh-sungguh mendapatkan segala rawatan yg ada. Infertility clinic sebenarnya mahal, dan mengikut survey adalah clinic yg ada frustration rate yg plg tinggi di kalangan pesakit.
Sedih kan.


Malang nya,  ramai juga yg buang sahaja anak mereka. Buang ; buang anak secara fizikal. dan mengabaikan juga pada saya serupa seperti membuang.



Masa buat elective kat hospital besar melaka dulu, jumpa ramai remaja perempuan yg 'ter' mengandung. Single mother kita panggil. istilah ini agak rindu-konsep (miss-conception)
Ada yang tanpa segan silu bercerita itu dan ini mengenai hal ini.
Jauh dalam hati...ini kalau sedara mara sendiri ni...apa yg kita akan buat??
Mahu di marah, hal sudah jadi. Mahu di pukul, bukan anak-anak lagi.
Purata 30 kelahiran tidak berbapa setiap bulan di Hospital Melaka. Maka, saya tidak marah kan Ali rustam bila dia mahu membina rumah perlindungan untuk remaja terlanjur. Betul, ini bukan mekanisma pembetulan dan pembaikan tetapi lebih kpd damage control sahaja. Tapi, sekurang-kurang nya..remaja in ada tempat untuk pergi.


dan kalaulah org yg mudah-mudah buang anak itu tahu mcm mana susah, sedih, kecewa dan sengsara org yg cuba nak dapat anak tapi tak dapat, mesti diorg tak akan buang anak. Kalau org yg buang anak tahu, mereka tak perlu buang anak itu, tapi mereka boleh dapat pertolongan dari segala bagai rumah perlindungan, ibu-ibu terlanjur ini boleh dibantu utk menjadi insan dan pembina ulama' bukan sekadar anak-anak. Kalau org yg buang anak tahu betapa besarnya rahmat Allah sbb beri kita anak, mereka mesti tidak buang anak itu.

kalau....
(tapi kalau la..kalau... Hakikatnya? )

Bila anak itu dibuang kerana yg membuang adalah 'single mother', jauh dari sudut hati, kita boleh memahami kenapa. Kerana stigma masyarakat kita.

Tapi apa hal nya bila anak yg masih janin di bunuh oleh pasangan suami isteri yg sah. atas alasan tidak mampu, tidak mahu, tidak larat lagi nak anak ?? Di mana nilai jati diri insan, di mana pergi percaya pada tuhan, di mana pergi rasa kemanusiaan? 
Sebab itu di sini pentingnya pendidikan. 'Pernah dengar perkataan contraception?' Jujur, saya mahu mengajukan pertanyaan ini pada pasangan tersebut. 



Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Al-Isra' , 17: 31, 32




Monday, February 20, 2012

Siri Perkasakan Jiwa


Assalamualaikum!!!

so yes, I am on 2 weeks holiday in the begining of the semester and I have 12 weeks to go then.. without any break and terus exam!! since this is not the first time I got this kind of rotation.. bak kata org kampung kita, alah bisa tegal biasa!

and yes, sebab terlebih lapang dan byk masa terluang, I've been reading a thing or two. Latest sensation adalah 'Denyut Kasih Medic' ??  (ok, ia bukan buku baru..tp baru ni jer ada chance nak baca)

This is a good book.
Seriusly. Sgtlah bagos. 






Kemudian, I found out that, isterinya juga mengarang sebuah buku. How sweet is that? both husband and wife tulis buku. and one is link to another in different perspective; pandangan lelaki dan perempuan. Tajuk nya adalah 'pemilik cintaku, setelah Allah dan Rasul'.

Juga sebuah buku yg baik. Mengenai hal2 berkaitan percintaan yg selaras dgn landasan islam. 
Ia mendorong kita utk fikirkan, apa yg kita cari selama ini, dimana priority kita, dan adakah caranya betul mengikut neraca Allah? (bukan atas neraca manusia semata) Buku ini sebnrnya, isi hati kebanyakkan wanita yg mahu menjadi ibu kpd anak-anak yg soleh/solehah suatu hari nnt. Ini buku yg baik utk lelaki mengenali wanita dan buku yg baik utk wanita, supaya dijadikan panduan menjadi wanita2 yg baik. :)




My one and only problem with buku Fatimah Syarha ini adalah; Life is not a fairy tales. Betul, kita impikan yg terbaik, tp kita jugak perlu berpijak di bumi nyata. Buku in iterlalu ideal pd pendapat saya. Betul, cita-cita kena tinggi tp ini ideal sgt. Takut kalau-kalau adik-adik yg baru nk masuk uni terpengaruh dgn 'idealiy' ini dan akhirnya membuat keputusan atau tindakan yg urang bijak.
so, when u read the 'bunga-bunga' part, don't just read apa yg tersurat. Faham kan yg tersirat juga. Enough said.
:)

( I might be wrong dan mungkin bersikap pesimis, tp ini adalah my honest opinion)

ok, so...kalau ada masa...go read these books! They are good, they makes u smile, think, and cry a bit and then makes u think "where do I go from here now?"
Very inspiring la bottom line. 

Monday, February 13, 2012

Random yg tak random sgt....

Good Monday everybody!!
I never hated Mondays..but it just Monday selalulah nak jadi kelam kabut n a typical day for things to went horribly wrong..! Tapi sebenarnya, semua tu sbb lack of organization.... :P

Anyways,
I don't know apa nak share...just random stuffs...

  • Do u noticed that all..I said ALL (ok, maybe 98%) dermatology registrars have good skin??? Its like unspoken pre-requisite criteria I guess..Serious! complexion diorg cantik sgt2~~!!!
  • I always complaint how smelly things are; blood and stuffs...especially in theatre. How when the heat probe burnt the skin, it smells like rotten meat on BBQ/grill..UNTIL, I went to autopsy..
  • One thing I know, I won't talk about dirty jobs to colo-rectal surgeon. Or paediatric surgeon when they have to do manual evacuation on child with Hirchsprung disease.
  • Whenever people ask u, what kind of specialities that u want to do in the future..... I always answer as per what ever the one that asked me in. ie: If surgeon ask me, I'd say " yeah! I think surgery is interesting and would like to do it some day!" If gynae people ask me, then I'll say the same.." Yes! I am interested in gynae, " (even if it scared the hell out of me to do bi-manual pelvic examination and pap smear)
  • U know what, girls are not mata duitan, kita cuma merancang masa depan :)
  • Boys who said 'tak elok letak hantaran tinggi2...' (and all those similar stuff).. trust me, they said that because they are boys! Real man are born to provide. What kind of man are u kalau ckp gitu. Kalau hidup boleh cukup dgn cinta semata-mata, org mmg tak perlu kerja. sekian.
  • *ok, may be not sekian yet, kena ada huraian. Provide yg berpadanan, dan perempuan pon jgn demand yg pelik2 la*
  • ooowhh!!..ada ular belakang rumah. How scary...carpet snake. but it is harmless anyway...so tak risau sgtla...n, it looovesssss bush turkey. So, yes. I hope the snake act as a biological agent for us.
  • yes, Kellerman is back (my supervisor) so, yes...I will read books!! real med books I mean. :)
  • Did u know... 'Katakanlah "rohulkudus" (Jibrail) menurunkan al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yg berserah diri (kepada Allah)' An-Nahl(9): 102
  • Sebab tu byk orientalist (??) or to be exact, theologist yg belajar mengenai agama, membaca Quran dgn lebih fasih dari kita tetapi hatinya tidak beriman. Untuk menjadikan Quran itu petunjuk dan berita gembira, kita mesti beriman dahulu. Jangan sampai nanti, sama sahaja kita dgn theologist. :( Nasihat ini utk diri sendiri. Not fr u.....
  • I may not be the best person (obviously) to talk about religion and stuff...but I'm just sharing thoughts. That's all... :)

Now...stop reading blogs and go read books/ kerja to make money!!!!!
As I said, girls are not mata duitan, it just, kita suka merancang masa depan. :P
Salam.

Wednesday, February 8, 2012

Mendung

Awan itu mendung lagi. Sudah seminggu redup dan hujan renyai. Musim panas in merupakan musim panas yg paling sejuk untuk Salma. Selama di Australia, ini musim panas yg ajaib! Sejuk! Mendung!

Dari kejauhan kelihatan Salma baru pulang dari hospital. Langkahnya di laju-lajukan, di besar-lebarkan. Dia mahu segera sampai ke rumah. Sudah tidak tertahan lagi dalam jiwanya.

Perasaan itu sudah seperti sampai di perut. Tekaknya terasa berat, kesat, seperti berpasir. Pahit. Salma seolah-olah masih dapat merasa sekujur daging keras menjadi hampir beku itu. Sejuk. Sejuk sekali. Masih terdengar-dengar bunyi derap tulang rusuk itu dipatah-patahkan.Dipotong dengan pemotong dahan. 14 kali kesemuanya. 14 kali bunyi derap itu, bunyi seperti memotong dahan kecil pokok di belakang rumah dengan abah tatkala hujung minggu..! Bunyi itu dia biasa dengar, tp bukan pada manusia.

Langkah Salma makin pantas. Hatinya makin sebak. Kanta nya mula berkaca. Dia tidak tahu dia mual kerana bau atau mual kerana emosinya terganggu. Ingatannya teralih pada peristiwa tadi. Bila pisau itu dihiris dan darah pekat hitam mengalir, terasa seperti hilangnya penghormatan, hilangnya pangkat dan keturunan. dan ini baru di dunia.
Dia tidak tahu kenapa dia sebak. Adakah kerana peristiwa ini atau peristiwa yg sudah-sudah.

Salma kurang mengerti kenapa dia bersedih.
Sedangkan dia tahu, yg dia sudah lama menanamkan dalam dirinya yg dia tidak akan mengharapkan orang lain menjadi sebab dia gembira, sedangkan Allah sentiasa ada. Kita yg lupa. 'Cukuplah Allah bagiku'. Mengapa mencari bahagia dgn hadir manusia sedang kita sempurna dengan mencari cinta sang Pencipta. Begitu juga, secara teori penaakulannya, mengapa bersedih bila manusia itu tiada?

Lelaki tadi usianya sudah tua. Dia mati tiba-tiba. Kalau kita yg muda ini mati tiba-tiba bagaimana? Hidup ini singkat, dan banyak pula yg ingin kita capai. Kadang-kadang Salma terfikir, sempatkah dia membina kerjaya?Sempatkah dia berbakti pada org tua? Sempatkah dia punya keluarga?

Melintas jalan untuk pulang ke rumah.
Mual di tekak Salma makin tidak tertahan. Perutnya rasa tidak enak.
Salma sudah tidak peduli. Dia mula berlari-lari anak.
Bau hanyir, darah, dan bau hamis-pekat-masam-pahit terasa makin kuat. Dia hanya mahu pulang dan mandi. Menghilangkan bau-bau dan rasa bersalah dalam bilik autopsi. Salma tahu, dia bukan ditakdirkan untuk mencintai forensic pathology.





Sunday, February 5, 2012

Pelik la korang ni...






Jumpa gambar ni dekat someone's facebook.

Sweeeettttt tak???? *insert nada gedik*

NO! Biasa jer.

I don't get it. Kenapa perempuan nak susah-susahkan diri sendiri pakai high heels yg confirm-confirm not that comfy (regardless if its Prada pon).
They look good...?
Maybe.
Tapi terseksa la....

Tapi kalau kita beli this type of shoe (gambar di bawah) and actually wearing them, whouldn't that make us even more of a gentle(wo)men, a true scholar and a fine lady? (ceh...ayat!)
Cuz then, he doesn't have to walk barefooted in the cold nite.

Sweeetttt??

YEZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!

:)' *senyum simpul mati*







Friday, February 3, 2012

What do u do when u are feeling low?

Salam!
Suka topik ni sebenarnya. Sbb I think I need help jugak :P
Of coz..there are time bila morale rendah, motivasi tiada dan fokus asik lari. Apa kita buat bila kita rasa tak best, tak ada semangat, rasa nak meroyan eh...??

Update status fb byk2 kali yg emo-emo?
*go get twitter or tumblr account la pls...*

Call semua kawan-kawan??
*pompuan boleh la kot... pls read my previous entry..hehehe*

Lepak dgn kawan2..merambu-ramba?
* bukan semua kawan2 free ALL the time...*

Sembhyg byk2, doa byk2 supaya hati tenang dan fokus?
* yesss...I loike that attitude!!*


I don't know sebenarnya. Kita react differently n the way we help ourself utk naikkan motivasi dlm diri sendiri jugak berbeza-beza. If one way tak berhasil, mari cari jalan lain utk boost up self esteem dan mood diri sendiri!
As I found most of the time, what trigger me to feel low adalah faktor persekitaran - rasa tak pandai dlm lecture, kena jelingan dan renungan 'manja' bila tak dpt jawab soalan, tersipu malu sendiri bila ckp benda yg not so bright, *God, help us* Semua ni mcm related dgn self esteem eh..



When I'm feeling low:
  • I sing 'What am I to u' by Norah Jones. Alang-alang dah blue and low tu kan, marilah layan lagu-lagu jiwa kacau. hehehe. Not a good choice sometime. SO...we move on to Adele 'I set fire to the rain!' memang la siri menaikkan semangat diri dan rasa empowered sikit la..
  • But my favaourite song to boost my motivation adalah: lagu iklan Nestle (nespray?) Lagu ni plg nostalgik la... :)
Sayalah permata
anak kesayangan
kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan
dengan kasih sayang
hanya yang terbaik untukku,
Menjadi harapan
di masa hadapan
SAYALAH ANAK YANG CEMERLANG!

  • I keep telling myself that: I know that if I felt stupid, sbnrnya ada jer org lain yg rasa bodoh jugak. Tp org putih ni very good (extremely good) at hiding their own flaws.. Memang jarang la (especially those lelaki-lelaki alpha) utk mengaku yg diorg pon tak tahu sbnrnya. So, I kept telling myself for the past 3-4 years,...well, bodoh jer omputih ni...Diorang buat-buat pandai jer *utk sedapkan hati sendiri*
  • There are times, out of the blue...tiba-tiba nak melankoli....ini payah sikit. So, check your calender and convinced urself that this is the time of the month. It wasn't me. It was the hormones effect. Hormones fluctuation mmg mendatangkan blues..esok will be fine. I can sleep early tonite. (Again) Tomoz will be fine! ulang dlm 14 kali mcm tu... :)
  • Fikir blk, is it worth it to be emotionally wrecked (or shaken) over this thing? Ingat, jgn besar-besarkan benda yang kecil. There are so many things that u can do rather than thinking about this stupid little thing.
  • Call emak, nangis-nangis...emak bg advice - I got even more cranky and frustrated- no body gets me. :P
  • Plan a holiday! or berangan for a big holiday for u! It works most of the time for me... :) Then when u feel a it ok,,,go get a new shoe! *Hadiah pada diri sendiri sbb jadi wanita tabah??* *hehehehe...*

Tapi..that's me. and sometime, these methods didn't work. Pakar motivasi mesti ada cara yg lebih akademik to overcome low mood ni semua. These are what I gather (entah dari mana) :

When u're feeling low:

  • Stop. a while. Smile. Breath deeply. Ulang sampai rasa dah nk respiratory alkalosis. (layman term: sampai rasa nk senak tak leh breath in lg) ok, tipu. Just breath in deeply sampai u relax urself. :)
  • Stop the negative cycle. meaning: Bila u feeling low, dan rasa tak mahu jumpa org, tak mahu keluar, nak terperap dalam bilik jer, STOP. Sebab nnt lagi rasa lonely, then lagi rasa low. So...Go out, meet ur friends (they are always available, it just in ur head they are not), get fit- pergi gym or arrange a game with ur friends. Anything at all to get u out of the house.
  • Friends and family are the best antidote to low mood.
  • Develop an interest (perhaps, the one that u know u will be good at). Contoh: memasak, memotong rumput, ceramic art, or cup cakes. Contoh: kalau minat nk buat cupcakes, tp tak berapa nk tahu, don't over do or tire urself. Nanti lg rasa helpless. Modification: u can buy ready made muffins, and decorate their top... *taddda!!!!* now they become cupcakes! Then u can invite ur friends to come over for tea. See, now u accomplished 3 things at 1 time : keluar dr rumah (sbb nak beli muffins), u developed an interest and u now haf a social life!!!
  • * will i get any tea/coffee hang-out invitation soon???*
  • Change ur habits, be more organized. Biasanya, kita rasa tak best sbb byk kerja dan serabut. Bila kerja tak dapat dilakukan tepat pada masanya. dan biasanya, sebab utk itu adalah kita sendiri yg tidak organized. I remember one of those lecture in 3rd year (3rd year biasanya Newcastle student akan jadi emotionally wrecked.) One of the lecturer said that to make it in Medicine, it doesn't take that much of wit. It takes lots of organization, discipline and positive routine; between work (study) and personal life.
  • So, Lets change our negative habits, organize masa belajar, organize jadual betul2. Know what u doing or ur schedule for the week (therefore keep a diary/planner). These, will make us more prepared.
  • Fadzilah Kamsah ckp: org yg bgn pagi, kemudian fikir dan rancang apa yg akan dia buat hari ini, adalah org yg berjaya!
  • But the most important thing is....bila feeling low, or bila rasa tak tenang, serabut..... there's one thing yg absolutely will help... :


Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (check Ar-Ra'd : 28)
Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.”
(At-Taubah [9]: 129)


So, ada paham nak buat apa bila feeling low? paham yer.... :)



Bottom line, in my opinion, Kita lebih kenal diri sendiri. We know what works and what not utk diri kita. Tapi masalah utama adalah - to break the ice, and to get help!
Allah knows best. iAllah.



p/s I do not use the word depressed, instead I use the word low mood. Sebab? Kita jgn nak negativekan fikiran kita mengenai diri sendiri. Kalau u rasa u are being depressed, here is the checklist utk diagnosis. So, check it out. http://www.beyondblue.org.au/index.aspx?link_id=1.3&gclid=CLiy6vTHgq4CFUVspAodpTpP3g


Wednesday, February 1, 2012

Why men don't listen & women can't read maps




Sociolinguistic adalah area yg always enthral me and many other people la. but recently human behaviour and all these behavioural sciences makin popular and of course, utk tidak ketinggalan dalam bidang science yg subjective ini (when science supposedly give u objective findings) I have been reading a thing or two.

Sebab hari ini ponteng sekolah *ok, pls...emak jgn baca blog kita pls...* I should do something yg bermanfaat. Therefore, mari share key points dari buku ni. - tajuk di atas. (it is also good fr my future references) It has 11 chapters, but I will point out points yg I think relevant according to me. :) ~vain~

1. same species, different world.
  • Think of men as a hunter (mcm zaman purba). They chased lunch, buat unggun api, duduk atas batu pandang api, memburu.
  • Think of women as a nest defender. Bila lelaki berburu, women ddk kat gua jaga api, anak, kasi makan, provide love and warmth.
  • so, we are different.
2. making perfect sense
  • Even our brain developed differently. Girls are very good in linguistic - thus, we talk alot!
  • Men don't talk that much. Their linguistic capacity mmg rendah. If they already spoke 2000-3000 words/day, they would like to sit back and relax and not talking -->> duduk atas batu, tgk unggun api in silence!
  • Women talk a lot! Even if we already spoken 7-8000 words/day, we still haf the capacity to talk 10,000 more!
  • Just accept this fact guys...!
ok..by this time I am soooo not going to do it by chapters.. it will took ages. I will just buat points jer ok?

  • When women talk, they just talking. They talk their thoughts. It doesnt mean that they are asking for solutions. But because men's brain are built in a way that they must find solutions - thus, they give advice when girls nagged.
  • WRONG! dont give solutions. Women just wanted to be heard. To be listened to. so, hold ur tongue dude! just listen.
  • And because level of oxytoxin is higher in women; oxytoxin makes us suka to be touched - That's why women touched, hug each other a lot! So, when women spill their problem to men, what u should do is listen, hold and hug her. If u do that u are the most sensitive, amazing ,osem hot buff and handsome guy!!! *win!!**kelip-kelip mata* (don't even try to give advice or solution. She knows what she wants..she just need confirmation. Women are indecisive anyway)
  • u see, how the last 2 sentences sound like they are contradictory? confusing kan? yes, women are confusing. Don't try to understand them, u can't. Just listen to them.
  • However, berbeza dgn perempuan, men do not have much verbal/facial expression. That's why women see it as they are not listening. but they are (most of the time)
  • women are good at multitasking . We can talk to our friends, listen to the other and watch drama all at the same time, n comprehend all these 3 things with nil effort. Men cannot do two things at a time. Its either talk or listen or watch.
  • so, when women talk to men when they are reading newspaper -->> they don't listen. They can't. Their brain is not built that way. :)
why women can't read map

  • Its all about how our brain is built. women are lack in spatial skill. Therefore,when we read map, we struggle a bit (hahaha..a bit ker?) but fear not my lady, as this can be improved with practice. :)
  • Guys are superior in spatial ability -->> making map reading, targets and parallel parking is easy for them. They saw things in 3ds...when women can only see it in 2ds...
  • So, if u on road trip, don't let the girls read the map. Men shoud read the map first, know where u going. then u drive.
  • As men are better at spatial stuff, they drive better. Women get panicked because they cannot calculate length accurately in their head-- takkan nak keluar dr kereta nk ukur pulak jarak dgn kereta depan while moving kan? so, when women thought that men are driving recklessly, most of the time it is not. They see it better!
I like chapter 6: Thoughts, attitudes, emotions and other disaster areas!

  • This one is a bit eye opener. Fahamkan ini dan berhenti berharap terlalu banyak. Guys are hunter. Their instinct is to provide meals (or keperluan in modern context). They don't talk about their feeling ( they go into their cave to think about it), They don't usually shed a tear, they don't ask for directions (that is sign of weakness to them) very little words usually. They are do-er and silent worri-er.
  • If they kept quite, it doesn't mean they hate u. (as women give silence-treatment when they hate/mad at someone). They need space to think, in silent. So, don't bother la nak tahu how's ur day? how is it going? Do u want to talk about it?
  • **hikhikhik...terasa???**
  • They may not say they love u everyday - but they mowed the lawn, fixed the pipes and clean the garage- to show that they care. They are do-er, remember. They don't say things out loud.
  • When guys talk about their problems, it is a sign that he cannot solve that particular problem on his own. So now they are seeking for help. Therefore, girls, pls, give advice and try to help; don't just listen and acknowledge his feeling like u did to ur girlfriends.
  • Also, men speech is much structured than that of women. When they talk, they haf to tell isi kandungan and reach to conclusion. So, do not interrupt when they r talking. As they may found it pointless to talk if they cannot reach to conclusion...(girls interrupt a lot in conversation because that is the sign of listening to girls)


Boys like things, girls like people. Rasa accomplished in life for women is when she have a wonderful relationship; husband, children and family la bottom line. Itu memberi rasa bahagia dan rasa cukup utk perempuan. Tetapi lelaki rasa accomplished kalau they have things- boys and their toys. contoh: beli rumah, ada kereta best2 or that sort of stuff la.


If a woman is unhappy with her relationships, she cannot concentrate on her work.
If a man is unhappy at work, he can't focus on relationships!


p/s ada 4 more chapters to go. I may not write all the key points. Just to inspire u people to read the book on ur own! :) salam alaikum, and haf a lovely day (and life)

Sunday, January 29, 2012

Salam

Salma.
Masa kecik-kecik, Salma selalu ditanya,,dah besar nak jadi apa? Salma selalu merasakan soalan ini merupakan soalan yg paling sukar untuk dijawab. Terlalu besar, bukan hitam-putih sahaja jawapannya. Dan Salma sendiri sebenarnya tidak tahu lagi, dah besar nak jadi apa.
Then, somehow along the way bila org tanya "Salma dh besar nak jadi apa?' Jawapan favourite Salma adalah - Nak jadi org berguna! hehehe.

Masa tu mungkin Salma ghase jawapan nk jadi org berguna tu osem kot...! Tapi yg dgr mesti rasa 'Ya Allah,, meluatnye jawapan'

The truth is, walaupun Salma tak tahu apa yg dia mahu, dia cuma mahu jadi org yg berguna. Orang yg mampu menyumbang sekurang-kurangnya pada mak dan abah, pada abang dan adik nya. (Kalau tidak pada agama, bangsa dan dunia!)

Menjadi remaja, Salma mula merangka angan-angan. Bagaimana mahu menjadi org berguna - itu cita-citanya. Dia fikir, mungkin, saya perlu menabung dari sekarang. Jadi, mengambil teladan dari sirah nabi yg berniaga, Salma jual burger dan roti john. Sebab Salmah tinggal di asrama yg kawan-kawannya selamanya seperti kebuluran, jualan roti John dan burger amat memberangsangkan! Salmah bijak. Bukan dia yg memasak. Dia beli dari luar dan jual pada kawan-kawan. Untung 30c utk setiap roti John dan burger. Tidak byk pun untungnya, tp besar ertinya utk Salmah ketika itu. Hati Salmah berbunga.

Di kolej, Salma nampak lagi peluang utk berniaga. Buku-buku terlalu mahal. Internasional katanya. Untuk budak-budak umur 18 tahun yg baru nak merasa pegang duit...memanglah harga buku rm150 nampak begitu besar. Salmah tahu...ini peluang dia. Bersama rakan-rakan mata duitan (read: opportunistic) Salmah mencari syarikat printing dan print buku-buku itu dgn harga murah! (this is illegal yer) Ada 7 buku wajib beli. ada lebih kurang 200-300 pelajar. dan setiap buku Salmah aim utk untung at least rm10. U do the math! Salmah kaya!!!!! Salmah kaya!!!! cukup duit poketnya utk 2 tahun itu di kolej!!

Salma tahu dia berbakat dalam berniaga.
Sebab dia opportunistic.
Sebab dia persuasive.
Salma persistence
Salma ada patience dan passion.
dan Salma tahu utk berjaya it takes lots of hardwork, knowledge dan good attitude. Tapi at the end of the day, what take u there adalah the love of God.

Sebab itu Salma putuskan untuk jadi Doktor.
Sebab Salma hanya mahu jadi org yg berguna.
Salma = سلم = peace


Saturday, January 28, 2012

Road trip!



u know it is New Zealand when u can see tasik, gunung dan kambing biri-biri all in one shot!

Kita berlima dirasuk kemaruk berjalan-jalan di negara org. Terima kasih kpd Jetstar yg menyediakan tiket tambang murah- now everybody can fly! (eh, salah company) kita decide to go to New Zealand sblm pulang ke Malaysia utk summer hols in 2009.

Berbekalkan duit yg tak berapa nak banyak, GPS, map percuma dari airport dan kereta nissan model tak ingat keluaran tahun 1998 (its an old car, really) Kita mulakan road trip south island dgn bismillah dlm hati, girang riang-ria alam ria coti sekolah :)
It was a great experience, great opportunity bukan sahaja dpt berjalan2, tp kita dapat kenal peribadi sebenar kawan2 kita. :)

3 drivers- sorang chubby yg cepat panik! sorang lg tenang jer sampai driver panik tak tahu dia ok ker tak?, sorang lg always stay positive-sampai driver panik rasa nak jerit- stop being too positive!!!! it killing me!. Jahat kan driver chubby tapi kuat panik? haha.
2 passengers- sorang tenang bak air di kolam renang; di ketawa kecik2 jer , sorang lg a very good companion- i would say.

Untuk kenal peribadi sebenar seseorang ada 3 benda kita kena lakukan bersama-sama, iaitu; makan, tidur dan bermusafir bersama-sama!

Jadi kalau kita nak kenal siapa kawan2 sekeliling kita, marilah lakukan ini bersama-sama. Tapi sebab kena makan and tido sama-sama- perempuan travel dgn perempuan la eh, lelaki dgn lelaki. Takkan korang nak tido sesama pulak...lain dah jadinya. ;)

Bila kita kenal peribadi kawan2 keliling kita, barulah kita akan dapat menerima/rasionalkan tindakan mereka lantas berlapang dada dan menerima mereka seadanya -ini rahsia bahagia!
Jadi, mari kumpul duit, cari segala flight and hotel and rental car yg tgh sale...and start travelling!!! :)



p/s tetiba teringat masa nabi dgn Abu Bakar menyorok kat gua Thur, Nabi tumpang tidur pada lap Abu Bakar. tapi kaki abu bakar terpatuk ular. He didnt move at all sbb kesiankan nabi yg tgh tidur, sampai nabi terbgn kerana air mata abu bakar meniits jatuh- menahan sakit! How sweet is that? sebab itu penting utk cari sahabat2 dlm kehidupan ini. :)

Friday, January 27, 2012

Sehebat cinta Shah Jehan





We went to India in 2010.. (tetiba rasa cepatnya masa berlalu..special thanks to Ella and Ikmal for their warmth hospitality! :) )
One of the must-go places tentulah Taj Mahal in Agra..its beautiful, beautiful, beautiful. It makes u wonder punyer lah hebat kerajaan Shah Jahan sampai mampu buat tu semua masa dlm kurun ke 17 lagi! (tahun 16-ish) dan kerajaan itu adalah kerajaan Islam Moghul. Hebat kan Islam! dan hopefully in 5 years time Ikin and I can go to Turkey and Europe sikit utk lihat hebatnya tamadun Islam Parsi!

So, Taj Mahal sebenarnya adalah kubur bersemadinya jasad Mumtaz Mahal, isteri kepada Shah Jahan. Ini tanda cintanya pada Mumtaz; yg cantik, keturunan Parsi, matanya dikatakan berwarna hijau-emerald! (Kalau tour guide tu tipu, so I tipu semua org jugak lah) Punyer la hebat cinta Shah Jahan...and he never re-marry lepas Mumtaz meninggal sewaktu melahirkan anak mereka! (Mumtaz actually made him promise to build her a beautiful tomb and not to remarry after her death.. smart! )

Sebagai satu tanda cinta, Shah Jahan binakan Taj Mahal. Ini bukan cerita dongeng. Ini kisah benar.

Kita selalu berdoa agar dipertemukan dgn jodoh yg baik dan mencintai kita setulusnya. I dont know much about Uda dan dara...or whatever classic love story...but one thing I know for sure..as it is janji Allah:



.........perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yg baik , dan lelaki-lelaki yg baik adalah untuk perempuan-perempuan yg baik (pula)................ An-nur: 26



ok, tapi bukanlah kita beriya-iya berangan nak dpt this white marble building as a statement of affection ye. Tidak. In my opinion, cukuplah ordinary guys..(with extra-ordinary soul! hehe..)

Sweet kan this lovey-dovey story...but what I'm trying to point ialah..after reading buku Pemilik cintaku selepas Allah dan rasul by Fatimah Sharha...:
  1. Cinta kita terhadap husband/wife should not be more that our love towards Allah dan rasul. No matter how much we love our partner,our love towards them come second after, Allah dan rasul.
  2. so, I'm guessing if we love our partner, dan ia sehebat cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz, rasa cinta kita pada Allah dan rasul shud be greater!? kan?
  3. Jadi, marilah sama-sama menuju kejayaan - rise up for salvation! ( حي على الفلاح )
  4. Walaubagaimanapun, it doesn't mean that Islam tidak membenarkan berkasih sayang. Banyak sirah pasal how Nabi sayang sgt Khadijah and Aisha. Ada byk poem yg ditulis Ali utk Fatimah. Bottom line I guess, jgn sampai cinta pada makhluk melalaikan kita dr tanggungjawab terhadap agama :)


There's a mosque dlm kawasan Taj tu. It is use for Friday prayer..(so, dont come to Taj on friday. Jumaat tutup.) We all tumpang sembahyang Zohor kat situ. It felt so good; seperti berada dan menjadi saksi the remains of the great history - ketamadunan dan kerajaan Islam Moghul. In that masjeed, in our prayer, kita mengadu pada Allah tentang harapan dan masa hadapan, as we know, Allah tidak pernah tidak mendengar doa org yg berdoa. :)

Rahsia untuk menjadi orang yang bahagia :)


Prof Muhaya. Nama seunik peribadi. Jujur, saya tidak pernah mengenali Prof Muhaya secara peribadi dan tidak pernah bertemu pun dgn nya. Tapi dia telah menaikkan semangat saya utk meneruskan perjalanan dalam bidang perubatan bila suatu ketika, langkah itu nampak kelam dan berat sekali. Terima kasih!!

Rentetan dari itu, I've been very keen to follow her talk and such la..so, this is what I gathered from one of her talk kat motivasi pagi.. so listen up (or read up)

this is rahsia untuk bahagia!

untuk menjadi org yg bahagia, kita hendaklah menjauhi:
  1. Mengeluh
  2. Merungut
  3. Menyesal
  4. mengumpat
Kenapa org yg mengeluh, merungut, meyesal dan mengumpat tidak bahagia? Kerana mereka ini masih terkial-kial dan terperangkap dgn masa yg telah lalu. Kita lakukan 4 perkara ni atas perkara yg dah berlaku, kan? Mana ada org mengumpat benda belom jadi kan...
Fikirkan sendiri, buat apa dan apa ertinya kita kenang2kan dan kisarkan hidup kita atas benda yg dah lepas. Kita tidak boleh ubah benda yg telah terjadi tetapi, kita boleh kawal reaksi kita terhadap apa yg berlaku lantas mencorak kehidupan kita! Kerana kehidupan adalah peristiwa (yg berlaku dlm hidup) + respon. Sedang kita tidak boleeh mengawal peristiwa, reaksi kita terhadap peristiwa akan menentukan kehidupan kita; bahagia atau sengsara! its all begin in here~~> ur mind! Therefore, MOVE ON!!

if something unpleasant happen in our life, jgn merungut, jgn mengeluh, jgn menyesal that we chose that path dan jgn diumpat keji perkara itu di kemudian hari. Jadikan ia pengajaran, move on dan jadilah org yg lebih baik lagi!


barang yg lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun lah diri.


So, lets make it clear to ourself, yang kita tidak akan menoleh kebelakang with regrets. Hidup perlu sentiasa ke depan. Kita sekadar toleh ke belakang utk tidak ulangi kesilapan itu, bukan untuk terus hidup dlm masa silam!

Respon dgn bijak utk setiap life event. Langit tak sentiasa cerah, tp reaksi kita membezakan kehidupan yg dicorak. Kalau kita hadapi dgn positive, kita mengeluarkan aura yg positif lantas menarik semua yg positif2 sahaja ke dlm hidup kita.

Lastly, ingatan utk diri sendiri sekali lagi:

Peristiwa + respon = kehidupan

Semoga kita semua berjaya mencorak kehidupan yg lebih bahagia! :)