Thursday, February 21, 2013

soksek-soksek

Salam!
Sebenarnya dah lama dah ada niat nak belajar menjahit. Sementara tak buat apa2 sangat ni..mmg baguslah belajar menjahit ker..apa yg patut ker. dari melanga  tak buat apa, kan...Setelah penat dok call kolej komuniti bukit beruang utk kursus pendek - diorg kata akan call bila class dibuka. Tapi dah dekat sebulan..asik kita jer yg call..kelas nya tak ada jugak! So, ditakdirkan terjumpa website kemas..so I join their classes. Effective immediately. :)

Masa kat kelas tu, dalam pada kita dok terkial-kial belajar jahitan tangan asas, (ulang, jahitan TANGAN asas!) terdengar lah macik-macik kat belakang dok soksek-soksek... Dalam hati kita ' hamboi, sempat kau ngumpat!'

Ya Allah..rasa berdosa. Patutnya, datang kelas kemas belajar menjahit..bukan dok gosip2 ni... dan tujuan kelas KEMAS diwujudkan adalah utk bantu golongan wanita mendapatkan kemahiran yg kemudiannya, diharapkan dengan kemahiran tadi,  dapatlah golongan wanita ini menjana punca pendapatan! Ini macik-macik ni dah bantai dok soksek-soksek kat belakang...

Mengumpat tak nak pulak cakap perlahan-lahan..satu kelas dengo!

'Marin dia bercinta dengan sapa ntah...7 tahun. Tak kemana...'
'Kesian budak pompuan itu yek'
'Itulah..padan muka dia. Kata baru ni, bertunang dengan bini orang. hahaha..(mengilai sikit)
'Tak ker haru!?'
'Eh, bini orang ker? '
' Jah tak tahu pon, kak!'
'Ituler..habis tu, boleh pulak dia kata dia kena buatan orang! eh, dia ingat ini drama ker apa?'
'Macam ni punyer orang pon ada!'

Balik kelas petang.
Tengok beautifulnara.com
Oh, diorang cerita pasal fiz peroz ker?
hahahaha.
Macik-macik ni bercerita, macam orang kampung dia si fizz peroz ni!!

.

Tapi mengumpat tetap mengumpat. Regardless siapa yg kita umpatkan.
Prof Muhaya cakap.. Macam mana kita tgk kawan kita mengumpat/bercerita pasal orang lain pada kita, macam tu lah jugak dia bercerita/mengumpat pasal kita pada orang lain.

Nasihat utk diri saya sendiri (kalau awak nk ambil pengajaran pun bole jugak) : Besok-besok, agak2 lidah tu terasa nak mengata/bercerita pasal orang...baca al-humazah. dengan maksud. Baca kuat-kuat. Pastu fikir. Ada beran nak mengata?

#hikhikhik

Wednesday, February 13, 2013

definasi yang sukar

Salam!
Semoga kita sama-sama dalam limpah kasih dan rahmat Allah, selalu.

Lately..sebab banyak sangat masa melagha kat fb..asik lah dok terbaca status ada sorang dua umat ni pasal cinta-cinta ni. Tp dia punyer lebih kpd yg miserable jiwang tak hengat tu.
 'I have waited a hundred years, and I will wait a thousand more for you! '
=.=''  akak terkesima adik2...
Mungkin wanita2 bujang sudah mula risau kot kalau umur dah 25-26 gini and single. Why can't we be single and proud ladies?  *sigh*

Kalau org tanya..what's love? kita pon tak tahu nak jawab. Mungkin masa umur 21 dulu...dengan senyum simpul kita akan kata, (hikhikhik) some one yg u want to wake up next to, every single morning. someone that will hold your hands in thick and thin and when things get rough he will be the one that say ' it will be ok' . Some one that u can imagine to grow old with....
hikhikhik..
muda dan hijau sungguh.

dan sebenarnya, sekarang pon tak tahu nak jawab. Semuanya makin complex. Its not that easy.
But, one thing I know for sure. Walau tiada definisi...
Kalau cinta, ia sepatutnya membawa ke arah kebaikan. Memberikan ketenangan. Seharusnya, mendekatkan kita dengan Allah. Bukan sebaliknya. Kalau yang berlaku adalah kita menjadi lebih lalai, tergadai kesucian, tercemar hati, makin resah gelisah ; itu bukan cinta, tapai hawa. al-hawa' . nafsu. semata.




#yasmin mogahed  #reclaim your heart

Ya Allah, peliharalah hati-hati kami.

Saturday, February 2, 2013

Masih seorang penganggur

Salam!
Menjadi anak kampung yang dibesarkan di lembah ini, sering saja bual-bual kosong di gerai menjadi perlu. Sebagai tanda hormat dan ramah. Sikap yang perlu di kampung ; perlu tahu berbual dan menegur pada yang lebih tua, rendah diri dan bersopan.
Makanya, setiap kali membeli nasi lemak di gerai seberang jalan itu, setiap kali itu jugalah orang-orang tua di kampung ini bertanyakan soalan yang hampir serupa pada saya; tapi di ubah-ubah ayatnya sahaja.
' Dah habis belajar ya?'
' Bila nak kerja?'
' Jadi, bila langsungnya?'
dan, tentulah soalan yang terakhir tadi paling mencengkam kalbu.!

Harus makanya, di elakkan saja membeli nasi lemak di gerai seberang jalan besar itu!



.


This one adalah part of the book yang kita tgh baca. Nipis jer bukunya. Hasil Bahruddin Bekri (my fav blogger!) tajuk Diari mat Despatch. I felt that this part mcm menyentuh hati sikit. 



Ada perkara yang kita perlu terus mencuba, walaupun kita tahu, kita tak punya peluang. Misalnya hidup ini. Walaupun kita tahu kita akan mati, tapi tidak bermakna kita perlu berhenti berusaha dari terus hidup! 



Comel sangat.
Teringat kat Muslim di Gaza masa ni. I bet diorg lagi faham erti tidak berputus asa utk terus hidup.
and right here, I can only pray that palestine, tomorrow will be free.
Palestine, tomorrow will be free.
Palestine, tomorrow will be free.


Maka, insaplah kita ni hah. Tak apalah kalau orang-orang tua kat kampung ni selalu tanya soalan sama.  Hatta, dentist kita yang dok pusing soalan yang sama tu pon tak haper! Orang-orang Palestine, lebih  byk deritanya. Tak kecoh kat blog pon!

#teehee!