Sunday, January 29, 2012

Salam

Salma.
Masa kecik-kecik, Salma selalu ditanya,,dah besar nak jadi apa? Salma selalu merasakan soalan ini merupakan soalan yg paling sukar untuk dijawab. Terlalu besar, bukan hitam-putih sahaja jawapannya. Dan Salma sendiri sebenarnya tidak tahu lagi, dah besar nak jadi apa.
Then, somehow along the way bila org tanya "Salma dh besar nak jadi apa?' Jawapan favourite Salma adalah - Nak jadi org berguna! hehehe.

Masa tu mungkin Salma ghase jawapan nk jadi org berguna tu osem kot...! Tapi yg dgr mesti rasa 'Ya Allah,, meluatnye jawapan'

The truth is, walaupun Salma tak tahu apa yg dia mahu, dia cuma mahu jadi org yg berguna. Orang yg mampu menyumbang sekurang-kurangnya pada mak dan abah, pada abang dan adik nya. (Kalau tidak pada agama, bangsa dan dunia!)

Menjadi remaja, Salma mula merangka angan-angan. Bagaimana mahu menjadi org berguna - itu cita-citanya. Dia fikir, mungkin, saya perlu menabung dari sekarang. Jadi, mengambil teladan dari sirah nabi yg berniaga, Salma jual burger dan roti john. Sebab Salmah tinggal di asrama yg kawan-kawannya selamanya seperti kebuluran, jualan roti John dan burger amat memberangsangkan! Salmah bijak. Bukan dia yg memasak. Dia beli dari luar dan jual pada kawan-kawan. Untung 30c utk setiap roti John dan burger. Tidak byk pun untungnya, tp besar ertinya utk Salmah ketika itu. Hati Salmah berbunga.

Di kolej, Salma nampak lagi peluang utk berniaga. Buku-buku terlalu mahal. Internasional katanya. Untuk budak-budak umur 18 tahun yg baru nak merasa pegang duit...memanglah harga buku rm150 nampak begitu besar. Salmah tahu...ini peluang dia. Bersama rakan-rakan mata duitan (read: opportunistic) Salmah mencari syarikat printing dan print buku-buku itu dgn harga murah! (this is illegal yer) Ada 7 buku wajib beli. ada lebih kurang 200-300 pelajar. dan setiap buku Salmah aim utk untung at least rm10. U do the math! Salmah kaya!!!!! Salmah kaya!!!! cukup duit poketnya utk 2 tahun itu di kolej!!

Salma tahu dia berbakat dalam berniaga.
Sebab dia opportunistic.
Sebab dia persuasive.
Salma persistence
Salma ada patience dan passion.
dan Salma tahu utk berjaya it takes lots of hardwork, knowledge dan good attitude. Tapi at the end of the day, what take u there adalah the love of God.

Sebab itu Salma putuskan untuk jadi Doktor.
Sebab Salma hanya mahu jadi org yg berguna.
Salma = سلم = peace


Saturday, January 28, 2012

Road trip!



u know it is New Zealand when u can see tasik, gunung dan kambing biri-biri all in one shot!

Kita berlima dirasuk kemaruk berjalan-jalan di negara org. Terima kasih kpd Jetstar yg menyediakan tiket tambang murah- now everybody can fly! (eh, salah company) kita decide to go to New Zealand sblm pulang ke Malaysia utk summer hols in 2009.

Berbekalkan duit yg tak berapa nak banyak, GPS, map percuma dari airport dan kereta nissan model tak ingat keluaran tahun 1998 (its an old car, really) Kita mulakan road trip south island dgn bismillah dlm hati, girang riang-ria alam ria coti sekolah :)
It was a great experience, great opportunity bukan sahaja dpt berjalan2, tp kita dapat kenal peribadi sebenar kawan2 kita. :)

3 drivers- sorang chubby yg cepat panik! sorang lg tenang jer sampai driver panik tak tahu dia ok ker tak?, sorang lg always stay positive-sampai driver panik rasa nak jerit- stop being too positive!!!! it killing me!. Jahat kan driver chubby tapi kuat panik? haha.
2 passengers- sorang tenang bak air di kolam renang; di ketawa kecik2 jer , sorang lg a very good companion- i would say.

Untuk kenal peribadi sebenar seseorang ada 3 benda kita kena lakukan bersama-sama, iaitu; makan, tidur dan bermusafir bersama-sama!

Jadi kalau kita nak kenal siapa kawan2 sekeliling kita, marilah lakukan ini bersama-sama. Tapi sebab kena makan and tido sama-sama- perempuan travel dgn perempuan la eh, lelaki dgn lelaki. Takkan korang nak tido sesama pulak...lain dah jadinya. ;)

Bila kita kenal peribadi kawan2 keliling kita, barulah kita akan dapat menerima/rasionalkan tindakan mereka lantas berlapang dada dan menerima mereka seadanya -ini rahsia bahagia!
Jadi, mari kumpul duit, cari segala flight and hotel and rental car yg tgh sale...and start travelling!!! :)



p/s tetiba teringat masa nabi dgn Abu Bakar menyorok kat gua Thur, Nabi tumpang tidur pada lap Abu Bakar. tapi kaki abu bakar terpatuk ular. He didnt move at all sbb kesiankan nabi yg tgh tidur, sampai nabi terbgn kerana air mata abu bakar meniits jatuh- menahan sakit! How sweet is that? sebab itu penting utk cari sahabat2 dlm kehidupan ini. :)

Friday, January 27, 2012

Sehebat cinta Shah Jehan





We went to India in 2010.. (tetiba rasa cepatnya masa berlalu..special thanks to Ella and Ikmal for their warmth hospitality! :) )
One of the must-go places tentulah Taj Mahal in Agra..its beautiful, beautiful, beautiful. It makes u wonder punyer lah hebat kerajaan Shah Jahan sampai mampu buat tu semua masa dlm kurun ke 17 lagi! (tahun 16-ish) dan kerajaan itu adalah kerajaan Islam Moghul. Hebat kan Islam! dan hopefully in 5 years time Ikin and I can go to Turkey and Europe sikit utk lihat hebatnya tamadun Islam Parsi!

So, Taj Mahal sebenarnya adalah kubur bersemadinya jasad Mumtaz Mahal, isteri kepada Shah Jahan. Ini tanda cintanya pada Mumtaz; yg cantik, keturunan Parsi, matanya dikatakan berwarna hijau-emerald! (Kalau tour guide tu tipu, so I tipu semua org jugak lah) Punyer la hebat cinta Shah Jahan...and he never re-marry lepas Mumtaz meninggal sewaktu melahirkan anak mereka! (Mumtaz actually made him promise to build her a beautiful tomb and not to remarry after her death.. smart! )

Sebagai satu tanda cinta, Shah Jahan binakan Taj Mahal. Ini bukan cerita dongeng. Ini kisah benar.

Kita selalu berdoa agar dipertemukan dgn jodoh yg baik dan mencintai kita setulusnya. I dont know much about Uda dan dara...or whatever classic love story...but one thing I know for sure..as it is janji Allah:



.........perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yg baik , dan lelaki-lelaki yg baik adalah untuk perempuan-perempuan yg baik (pula)................ An-nur: 26



ok, tapi bukanlah kita beriya-iya berangan nak dpt this white marble building as a statement of affection ye. Tidak. In my opinion, cukuplah ordinary guys..(with extra-ordinary soul! hehe..)

Sweet kan this lovey-dovey story...but what I'm trying to point ialah..after reading buku Pemilik cintaku selepas Allah dan rasul by Fatimah Sharha...:
  1. Cinta kita terhadap husband/wife should not be more that our love towards Allah dan rasul. No matter how much we love our partner,our love towards them come second after, Allah dan rasul.
  2. so, I'm guessing if we love our partner, dan ia sehebat cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz, rasa cinta kita pada Allah dan rasul shud be greater!? kan?
  3. Jadi, marilah sama-sama menuju kejayaan - rise up for salvation! ( حي على الفلاح )
  4. Walaubagaimanapun, it doesn't mean that Islam tidak membenarkan berkasih sayang. Banyak sirah pasal how Nabi sayang sgt Khadijah and Aisha. Ada byk poem yg ditulis Ali utk Fatimah. Bottom line I guess, jgn sampai cinta pada makhluk melalaikan kita dr tanggungjawab terhadap agama :)


There's a mosque dlm kawasan Taj tu. It is use for Friday prayer..(so, dont come to Taj on friday. Jumaat tutup.) We all tumpang sembahyang Zohor kat situ. It felt so good; seperti berada dan menjadi saksi the remains of the great history - ketamadunan dan kerajaan Islam Moghul. In that masjeed, in our prayer, kita mengadu pada Allah tentang harapan dan masa hadapan, as we know, Allah tidak pernah tidak mendengar doa org yg berdoa. :)

Rahsia untuk menjadi orang yang bahagia :)


Prof Muhaya. Nama seunik peribadi. Jujur, saya tidak pernah mengenali Prof Muhaya secara peribadi dan tidak pernah bertemu pun dgn nya. Tapi dia telah menaikkan semangat saya utk meneruskan perjalanan dalam bidang perubatan bila suatu ketika, langkah itu nampak kelam dan berat sekali. Terima kasih!!

Rentetan dari itu, I've been very keen to follow her talk and such la..so, this is what I gathered from one of her talk kat motivasi pagi.. so listen up (or read up)

this is rahsia untuk bahagia!

untuk menjadi org yg bahagia, kita hendaklah menjauhi:
  1. Mengeluh
  2. Merungut
  3. Menyesal
  4. mengumpat
Kenapa org yg mengeluh, merungut, meyesal dan mengumpat tidak bahagia? Kerana mereka ini masih terkial-kial dan terperangkap dgn masa yg telah lalu. Kita lakukan 4 perkara ni atas perkara yg dah berlaku, kan? Mana ada org mengumpat benda belom jadi kan...
Fikirkan sendiri, buat apa dan apa ertinya kita kenang2kan dan kisarkan hidup kita atas benda yg dah lepas. Kita tidak boleh ubah benda yg telah terjadi tetapi, kita boleh kawal reaksi kita terhadap apa yg berlaku lantas mencorak kehidupan kita! Kerana kehidupan adalah peristiwa (yg berlaku dlm hidup) + respon. Sedang kita tidak boleeh mengawal peristiwa, reaksi kita terhadap peristiwa akan menentukan kehidupan kita; bahagia atau sengsara! its all begin in here~~> ur mind! Therefore, MOVE ON!!

if something unpleasant happen in our life, jgn merungut, jgn mengeluh, jgn menyesal that we chose that path dan jgn diumpat keji perkara itu di kemudian hari. Jadikan ia pengajaran, move on dan jadilah org yg lebih baik lagi!


barang yg lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun lah diri.


So, lets make it clear to ourself, yang kita tidak akan menoleh kebelakang with regrets. Hidup perlu sentiasa ke depan. Kita sekadar toleh ke belakang utk tidak ulangi kesilapan itu, bukan untuk terus hidup dlm masa silam!

Respon dgn bijak utk setiap life event. Langit tak sentiasa cerah, tp reaksi kita membezakan kehidupan yg dicorak. Kalau kita hadapi dgn positive, kita mengeluarkan aura yg positif lantas menarik semua yg positif2 sahaja ke dlm hidup kita.

Lastly, ingatan utk diri sendiri sekali lagi:

Peristiwa + respon = kehidupan

Semoga kita semua berjaya mencorak kehidupan yg lebih bahagia! :)