Tuesday, June 19, 2012

Kecil yang menggugat!

Rumah yang saya tinggal kini, adalah di kawasan berbukit. Lelah kalau mahu memanjatnya. Tapi bukit itulah yang saya daki setiap hari untuk ke hospital.
Saya berkongsi rumah itu dengan 3 orang kawan lagi. 4 orang perempuan kesemuanya yang tinggal di rumah berdinding putih ini. Keempat-empat kami pelajar perubatan tetapi kami berlainan rotation. Tidak seorang pun di rotation yang sama. Makanya, jadual kami berbeza. Pada masa saya cuti, mereka kesibukan. dan pada masanya mereka bercuti, saya kelelahan. 

Tetapi rumah tetap riuh bila kita makan bersama. 
Perasaan kebersamaan itu tetap ada, cuma kadang kala keterbatasan itu kerana kekangan waktu.

Saya selalu bergurau yang rumah kita, dengan cat putihnya, dengan limbahan rimbanya, kelihatan seperti rumah di dalam novel-novel penyiasatan kanak-kanak yg sering kita baca semasa di sekolah dahulu. 'Misteri banglo putih di hujung kampung' - tajuk yang sering saya omok-omokkan. 

Tetapi memang rumah kami penuh misteri. 
Di belakang rumah, laman nya memanjang luas. Ada buaian. Yang kadang-kadang pada waktu angin kuat menghembus, kita akan kedengaran bunyi besi bergeseran- dari buaian itu. krik, krik, krik....  sayup. Dibawa angin petang. Berserta bayangan lintas-lintasan. 
Kadang-kadang apabila petang makin jingga, dan bila saya seorang dirumah, ada bunyi orang berjalan-jalan didapur. Kuat dan jelas bunyinya. Makin saya cuba untuk mengabaikan bunyi itu, makin kuat  derap bunyi  kaki. Saya akan bertanya dengan kuat. "Hanis, kamu kah itu?" 
Sepi. Tiada balasan. 
Lalu saya keluar dari bilik, menjengah ke dapur. 
Lengang. Tiada sesiapa. 
Saya kembali ke bilik saya. dan bunyi derap kaki bermain kembali.
Kadang-kadang antara jelas atau tidak, ada bunyi orang bercakap-cakap.
Entah.
Akhirnya, saya putuskan untuk abaikan sahaja bunyi-bunyi aneh itu. 

Ada suatu waktu, rakan serumah saya terdengar bunyi orang memberi salam. 
'Salam alaikum!' 
Lantang dari pintu masuk. Dia fikir, mungkin salah seorang dari kami pulang. 
Tapi bila hari petang, barulah dia sedar, yang ketiga-tiga kami baru sahaja pulang dari hospital. Jadi siapa yang memberi salam dan bunyi derap kaki siapa yang didengarinya? 

Rumah kami memang sedikit misteri. 
kadang kala bulu roma meremang tanpa sebab-sebab yang jelas. 
Saya selalu mengabaikan sahaja. 
Mungkin kerana saya sendiri tidak tahu nak buat apa. 

Dalam rumah yang penuh misteri ini, kami juga ada banyak pelawat tidak di ingini. Binatang-binatang liar. Dahulu ada burung-burung cockatoo, kemudian di datangi bush turkey yang obses membina sarang di belakang rumah -  dan dia masih ada!
dan burung-burung ini mengundang ular. Carpet snake. Tidak berbahaya menurut Makcik Kathy, jiran sebelah. Cuma saiznya agak besar. 
Pada malam-malam hari pula,  ada bunyi kuku-kuku bercakaran di dalam ruang udara central heating - possum terlepas masuk ke dalam loteng. Entah bagaimana dia boleh masuk, saya kurang periksa. Kadang-kadang bunyi cakaran itu di dapur, kadang-kadang di ruang tamu, kadang-kadang di bilik saya. Ada masanya mereka berlari-lari di atas. 
Aduh! bisingnya, mengganggu tidur. 

Tetapi, walaupun berdepan dengan perkara misteri dan pelawat tidak diingini, saya masihi boleh bertahan untuk terus tinggal di rumah ini. Tanpa perlu panik.

Sehingga, pada suatu malam. 

Saya tinggal seorang lagi di rumah. Saya terdengar bunyi  yang saya tidak pasti di tepi katil saya. Sangka saya, mungkin bunyi possum di luar rumah. Saya abaikan. 
Tidak lama kemudian, seekor 'benda' kecil, berbulu kelabu-coklat, berkaki empat dan berekor panjang, dengan kepalanya yang sedikit bermuncung keluar dari belakang almari. 
Disitu.
Saya panik.
Panik paling habis. Adrenaline saya mencanak. Antara fight or flight, buat masa ini saya perlu flight. 
Saya melompat ke atas meja belajar. Membaling apa sahaja yang tercapai ke arah 'benda' kecil itu. Nasib baik, meja belajar ini kayunya padu dan teguh.

Reda, seketika.

Tidak saya sangka, binatang kecil, kamu mengganggu-gugat ketenangan saya! 
Kesabaran saya terhenti. 
Ketenangan saya dirompak.
Saya pasti akan membunuh kamu. 
Esok pagi saya akan pastikan kamu mati. 





Sunday, June 17, 2012

like a possum up a gum tree

Salam!
still in the mids of cuti sem. dying from boredom and lack of motivation to read.

so, I went to Sydney. Nothing special. considering I live in Newcastle. (because its near to Sydney, not that Newwy is any better.)

Cita-cita terlaksana. Naik ferry dari Darling Habour.
Well, I guess, bila sesuatu itu terlalu dekat, kita take it for granted. nanti la. nanti la. macam la tak ada esok nak buat bende2 ni semua. Boleh jer pergi nanti.
Kita asik tunda dan tunda sampai tak sangka, 6 kali winter. Winter ke 6 baru naik ferry tu.
Its nothing much to fuzz about. really.
Tapi itula,
kita asik take things for granted, bila benda ada depan mata. 
sampai nanti kita kehilangan. Mungkin baru itu  kita sedar what we missing out

On a different note.

Balik dr Sydney, masa di train station jumpa satu macik ni. Umur pertengahan. mungkin dah hampir 60thn.
Ramah betul orang putih ni. Bila kita borak-borak, somehow she believe that as a taurus (me) I am somewhat conservative and stick to one idea dearly.
I do not believe all this fortune-telling, hocus pocus kurafat bagai ni.
Tapi kalau behavioural science lainla.... lol disitu

Tapi betul, saya conservative. Ortodoks mungkin. Tp dengan nafas baru. hehehehe.
Bila kita percaya dengan yakin sesuatu itu betul, why not stick to it till the end? dan cuba sedaya upaya utk pertahan kan apa yg kita rasa betul.
Percaya pada sesuatu hal itu mudah.
Terus percaya dan terus melakukan hal itu, sedikit payah.
:)




Thanks peozanah sebab rela tahan all my whinging. 


Friday, June 8, 2012

hal-hal yg menggembirakan


Salam. 
Still in the mids of cuti sem. 

Org Melayu cakap, tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima. 
omputeh ckp it is more blessed to give than to receive. 
I'd say, duit memang tak pernah cukup. 
:) 
One of our good friend was kind enough to spend sometime ajar baking. I always have problem with cheesecake yg merekah. So...this is a good opportunity la for me.  dan alang-alang ada 2 org nak bake, we bake a few and sell them for charity!!
That little amount of money that we raised for charity makes me so happy. Sikit pun tak sikit sgt sebenarnya. Berbaloi la jugak. Alhamdulillah.
so.. Thank u to those yg beli. next time kitorg jual lagi! 




 Fatin was the head chef, Nick the sous chef and they took the liberty to 'appoint' me as the kitchen assistant. Meaning :  I'll  have to do the washing part.  Sneaky....


This is before we bake them, marble and blueberry.  When we serve....our wish is for them to look more like this: 


...which is almost similar. It just I don't have photos to prove it. 
teeheee....
 :) 

What i'm trying to say from this is... Bila kita buat sesuatu utk org lain, it makes us feel better. Kalau buat utk diri sendiri, kt rasa happy. Tapi, bila kita buat utk org lain, kita rasa happier. Perhaps, because we double up the joy, for u and the other people.  
so, let us start memberi, 
in any possible way.
:) 



Wednesday, June 6, 2012

Silly Sally...

Salam!
How's your iman today?
Susah kan nak jawab soalan tu. Lately a few people ask me that question. I found it difficult to answer. Extremely difficult. Due to complexity of the content and meaning of my potential answer, kita pun jawab; Alhamdulillah. Hopefully. *senyum*
Answering by not quite answering. Really.

that is not what I'm trying to write today.

I did silly thing(s).
dan definasi 'silly' mungkin berbeza mengikut masa, keadaan dan usia (pengalaman)  kita.
pergh...deep.!

Begin with the end in mind. Ayat Uzt Hazrizal (again)
Saya bersetuju dgn Hazrizal. dan pendapat saya sama. Bila kita mahu memulakan sesuatu, walau apa pun sesuatu itu, be it pekerjaan, relationship, or anything la.... Mulakan dgn tahu apa akhirnya. Apa kesudahannya.  Macam tulis buku, kalau kita penulis, mestilah kita tahu apa ending cerita yg kita nak tulis ni. Mana ada org main tulis jer. Mestilah ada rangka dulu or at least rough idea.  Kalau tak merapu la nanti cerita kita.
contoh lain, kalau kita nak masuk uni. Lepas tu kita ambik medic. (that's the begining) dan akhirnya, mestilah kita mahu jadi doctor. Takkanlah penat-penat 5-6 tahun buat medic last2 keluar jadi penyanyi pulak. Kalau ini ceritanya, ertinya org tu tak plan betul-betul 'the end' yg dia mahukan. Tak ker buang masa 5-6 tahun padahal u don't need a medical degree utk jadi penyanyi k-pop atau menubuhkan kumpulan 24/7. *hehe*

ataupun, masuk university tp dia tak tahu dia ambik course apa...belajar jer la.... ujung-ujung lepas 3-4 tahun... *taaddaaaaa*  jadi cekgu rupanyer.....  Tak ker penuh dgn element of surprise sepanjang 3-4 tahun tu?? Sanggup ke nak tertunggu-tunggu tanpa tahu matlamat dan arah tuju??  Sanggup ker?

Maaf, bukan semua orang sanggup.

Sebab itu, saya harap saya akan sentiasa  mula lakukan sesuatu with the end in mind. Kalau saya tidak tahu apa kesudahan atau matlamat sesuatu itu, maka saya rasa, mungkin, mungkin lebih baik jgn di buat. Atau tangguhkan dahulu, sampai jelas sebab dan akibatnya.

Tetapi, dlm pada saya katakan begin with the end in mind. Kita juga perlu fahami, priority dan matlamat hidup org kadang-kadang berbeza dengan kita. Saya faham hal ini. Betul faham.
This is when we have to learn to agree to disagree. Susah. Cakap senang la. Sebab, kadang-kadang,  to agree to disagree demand us to compromise our value. dan kadang-kadang, bila kita 'bekerja' dgn org yg disagree dgn kita, kita terpaksa steer the wheels to different directions. and when that happen, comes whatever, embrace it strongly, and remember Robert Frost's The Road Not Taken, as he took the one less travelled by, And that has made all the difference.

 :)

The road not taken ajar kita utk lakukan sesuatu yg berbeza dgn org lain.
However,the thing is, my path was not diverge into two. It's not. It just I'm so reluctant to keep going without knowing where I'm heading. That's all.

I did silly thing(s).
Yet, I'm glad.

May Allah bless us all with mercy and kindness.
Salam.

Sunday, June 3, 2012

Erti hidup pada memberi?

Salam!
Been a while. Sibuk exam. kaedahnya.


Few days back, tetiba teringat pasal Uztaz Hasrizal's writing. Tak ingat where I read it, mungkin dari blog or one of his books. He quoted this (or something that sound like this) : Kita tidak boleh memberi apa yg kita tiada.
It took me a few seconds to understand the sentence, a few minutes utk digest and perhaps, my whole life to put in into practice. He is right in this sense. As easy as it may sounds, yes, kita tidak mampu memberi apa yg kita tiada. Tapi rasanya, quite a challenge utk dipraktiskan.
Macam mana nak beri org sesuatu yg kita tak punya.
Macam mana nak ajarkan ilmu pada kawan/anak/isteri kalau kita tidak berilmu.
Macam mana nak bersedekah kalau kita pun sempit selalu.
Macam mana nak ada anak berjiwa pemimpin kalau kita tak tahu memimpin.
and the list goes on...


Untuk memberi sesuatu kita mesti ada perkara itu terlebih dahulu.
Kita lah yg terlebih dahulu kena perkasakan diri utk 'ada' itu semua sblm mampu memberi. Macam mana nak bersedekah kalau kita tak ada duit. sooo....mcm mana nak ada duit so that kita boleh sedekahkan?
Itu pokok utama yg harus kita fikir-fikirkan  :)


I found it sweet, motivating and very realistic.